#ICYMI Berita Pilihan Pengarang (4 -10 Jan 2016)

Astro Awani
Januari 10, 2016 04:43 MYT
#ICYMI: Berita Pilihan Pengarang (4-10 Jan)
BERIKUT adalah senarai berita pilihan pengarang Astro AWANI untuk minggu bermula 4 Jan hingga 10 Jan, 2016.
#ICYMI: Berita Pilihan Pengarang (4-10 Jan)
Isnin, 4 Januari: 891,685 murid Tahun Satu, Tingkatan Satu mula sesi persekolahan seluruh negara
Seramai 891,685 murid Tahun Satu dan Tingkatan Satu memulakan sesi persekolahan tahun ini di seluruh negara.
BACA JUGA: Hanya seorang murid mula persekolahan di SKJC Aik Hua
Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Aik Hua di Pulau Pasir Hitam mencatat sejarah apabila hanya seorang murid memulakan sesi persekolahan tahun 2016, pada Isnin.
Selasa, 5 Januari: 'Kalau KAFA tidak mahu ikut syarat, saya taja Selangor' - Datuk Seri Vida
Jika Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) enggan mengikut dua syarat yang telah ditetapkan, Vida Beauty Sdn Bhd mahu menaja Selangor.
BACA JUGA: Bintang Dilwale marah ternampak penumpang pesawat tonton Dilwale versi cetak rompak.
Seorang penumpang pesawat yang sedang leka menonton filem Bollywood, Dilwale versi cetak rompak telah dimarahi salah seroang pelakon filem itu.
Rabu, 6 Januari: 'Kenapa Tun M hentam Rayani Air?' - Daud Che Ngah
Pendakwah bebas Datuk Md Daud Che Ngah berkata, bukan sahaja Rayani Air malah usaha murni mana-mana syarikat bukan Islam yang beroperasi dengan berlandaskan syiar tidak boleh disalah erti dengan dakwaan mencari keuntungan dengan nama agama.
BACA JUGA: #KisahIpeng: Guru kongsi kisah sayu anak murid
Seorang guru bernama Abdul Hafiz berkongsi cerita bagaimana dia pada mulanya marah dengan Ipeng yang sering memberikan alasan terlupa untuk membawa buku ke sekolah.
Khamis, 7 Januari: Ibu bapa terkilan, dakwa bayi tertukar di pusat rawatan Jitra
Sepasang suami isteri mendakwa kakitangan sebuah pusat rawatan melakukan kecuaian sehingga bayi mereka tertukar dengan bayi pasangan lain selepas bersalin di pusat rawatan itu.
LIHAT JUGA: Bauksit: perkenal peraturan lebih ketat - MB Pahang
Jumaat, 8 Jan: Najib akui 2016 tahun mencabar, akan umum pengubahsuaian Bajet 2016
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan pengubahsuaian kepada Bajet 2016 ekoran situasi ekonomi dunia yang tidak menentu pada masa kini.
BACA JUGA: Majlis tidak diiktiraf: Polis Melaka tahan 'Bonda Ratu'
Seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai 'Bonda Ratu' ditahan polis bagi membantu siasatan mengenai penganjuran majlis penganugerahan tidak diiktiraf yang dijadual diadakan di Sungai Rambai, Jasin.
BACA JUGA: Datuk Seri Vida sah taja KAFA
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mengesahkan The Red Warriors telah menerima dua syarat Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida untuk memberi tajaan.
Sabtu, 9 Januari: Najib selamat jalani pembedahan kecil di HKL
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selamat menjalani pembedahan kecil untuk membuang ketumbuhan benigna pada tangan kanannya di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
BACA JUGA: Patung emas gergasi Mao diroboh selepas diejek di media sosial
Hanya dua hari selepas imej patung emas gergasi Mao Zedong di wilayah Henan, China tersebar di media sosial, patung tersebut telah lenyap kerana telah diarahkan pihak berkuasa tempatan untuk dirobohkan.
Ahad, 10 Januari: #KJ40tahun: 40 selfie terbaik Khairy Jamaluddin
Imbasan 40 selfie yang diambil oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin sempena hari jadi beliau pada Ahad.
BACA JUGA: 'Semoga cepat sembuh, Najib' - Lee Hsien Loong
BACA JUGA: Bauksit: SPRM panggil enam pegawai PTG Pahang bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil enam lagi pegawai Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang bagi membantu siasatan rasuah melibatkan perlombongan bauksit.
##ICYMI #Astro Awani #berita pilihan
;