#ICYMI Berita Pilihan Pengarang (31 Okt - 6 Nov 2016)

Soffian Zainuddin
November 6, 2016 22:52 MYT
#ICYMI Berita Pilihan Pengarang (31 Oktober - 6 November 2016)
BERIKUT ialah Berita Pilihan Pengarang Astro AWANI yang menjadi tumpuan umum sepanjang minggu, dari 31 Oktober hingga 6 November, 2016.

ISNIN, 31 OKT
MAVCOM umum kadar baru Caj Perkhidmatan Penumpang
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) memperkenalkan caj perkhidmatan penumpang (PSC)
yang baharu dan lebih rendah untuk penerbangan ASEAN.
Kanak-kanak 7 tahun dari Malaysia diundang ke rakaman 'Cake Boss'
Cef pastri terkenal Buddy Valastro meluahkan hasrat untuk menampilkan seorang kanak-kanak dari Malaysia untuk program realitinya di Amerika Syarikat.

SELASA, 1 NOV
Pesawat AirAsia tergelincir di landasan di Kota Bharu
Sebuah pesawat AirAsia jenis Airbus A320 tergelincir di landasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan pada jam 10.25 malam Selasa ketika sebelum berlepas.


RABU, 2 NOV
Sultan Johor kecewa tindakan pemimpin dahulu
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar kecewa dengan pemimpin dahulu yang telah meminda Perlembagaan negara untuk kepentingan diri.


KHAMIS, 3 NOV
Peniaga jangan ambil kesempatan beli minyak masak 1kg - KPDNKK
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyeru kepada para peniaga untuk tidak mengambil kesempatan dengan membeli minyak masak bersubsidi.
Bayi perempuan maut dipercayai akibat didera pengasuh
Seorang bayi perempuan berusia empat bulan maut dipercayai akibat didera oleh pengasuh dalam kejadian di Kampung Jerai, Kuala Sin Bukit Selambau.


JUMAAT, 4 NOV
Dua maut dihempap kren di Klang
Dua mangsa meninggal dunia daripada kecederaan parah apabila kereta yang pandu dihempap sebuah kren.
Kejadian di Persiaran Astana, Klang melibatkan seorang lelaki warga Malaysia berusia 61 tahun dan
perempuan warga Indonesia berusia 56 tahun.
Suasana tegang akhiri demonstrasi #BantahAhok
Suasana tegang tercetus di tengah kota raya Jakarta apabila Polis Anti Rusuhan Indonesia melepaskan gas pemedih mata ke arah peserta Perhimpunan Aman Bantah Ahok.


SABTU, 5 NOV
Jack Ma teruja dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Digital kerajaan Malaysia
Pengasas Alibaba, Jack Ma yang baharu dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Digital kepada Kerajaan Malaysia, amat teruja dengan tugas yang diberikan kepada beliau.


AHAD, 6 NOV
Bayar sekali, makan sampai kenyang
Itulah konsep berniaga sambil beramal yang diperkenalkan seorang usahawan di Terengganu bagi memberi peluang kepada keluarga besar untuk menjamu selera dengan pelbagai juadah sambil berjimat.

#Berita Pilihan Pengarang Astro AWANI yang menjadi tumpuan umum sepanjang minggu