#ICYMI Berita Pilihan Pengarang (3 - 9 Oktober, 2016)

Astro Awani
Oktober 10, 2016 08:52 MYT
Berita Pilihan Pengarang Minggu Ini (3 - 9 Oktober, 2016)
BERIKUT ialah senarai berita pilihan pengarang Astro AWANI yang menjadi tumpuan umum sepanjang minggu bermula 3 hingga 9 Oktober, 2016.
Antara tajuk utama ialah sebuah helikopter Nuri yang terjatuh mengenai sebuah sekolah di Tawau, Sabah ketika membuat pendaratan cemas pada Selasa, pelancaran telefon pintar Pixel oleh Google di San Francisco dan kapal Zaytouna-Oliva yang ditahan tentera Israel ketika dalam perjalanan ke Gaza.
ISNIN, 3 OKTOBER
Banding saiz surau dengan tandas, Datuk Vida tegur hotel enam bintang
Pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Dr.Hasmizah Othman, meluahkan rasa kesal dengan pengurusan sebuah hotel enam bintang yang dilihat seolah-olah tidak prihatin terhadap pelanggan yang beragama Islam.
Dalam sebuah video yang dimuat naik ke akaun Instagram beberapa hari lalu, dia yang lebih popular dengan nama Datuk Vida, membuat perbandingan antara tandas dan surau yang disediakan di hotel terbabit.
Beg tangan isteri PM Singapura abadi memori indah Masamoto dan isteri
Beg tangan isteri Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, Ho Ching sekali lagi menjadi tajuk perbualan masyarakat selepas satu nukilan puisi oleh beliau yang menceritakan kisah di sebalik beg tangan yang digunakannya sewaktu lawatan rasmi ke Jepun.
Beg tangan itu dibawanya ke Istana Imperial untuk satu majlis makan bersama Maharaja Jepun Akihito dan Maharani Michiko pada 27 September lalu.
SELASA, 4 OKTOBER
Helikopter TUDM terhempas di sekolah dalam pendaratan cemas
Sebuah helikopter jenis Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung di Tawau pagi ini. Kejadian disahkan Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus.
RABU, 5 OKTOBER
Diperdaya berlakon filem lucah, aktres Jepun dedah taktik licik agensi pornografi
Muda, cantik dan menagih populariti.
Bagi Saki Kozai, dia menyangka telah menemui cara untuk menjadi terkenal selepas pencungkil bakat terserempak dengannya di Tokyo dan menawarkannya pekerjaan.
Google lancar telefon pintar Pixel
Google pada Selasa (waktu AS) melancarkan telefon pintar baru Pixel yang dibina dengan kecerdasan buatan (artificial intelligence atau AI) ketika ia cuba menandingi iPhone melalui telefon bimbit berharga premium jenamanya sendiri.
KHAMIS, 6 OKTOBER
Isu 'PhD' Azizan Osman: Richworks tampil beri penjelasan
SELEPAS kecoh isu ijazah kedoktorannya yang dikatakan tidak wujud dan tidak sah, pakar motivasi dan penceramah Azizan Osman akhirnya memberi reaksi balas.
Kapal Zaytouna ditawan Israel: Reaksi suami Dr Fauziah Mohd Hasan
Aktivis dan juga juga doktor perubatan dari Malaysia yang mengikuti pelayaran kapal Zaytouna-Oliva dalam misi ke Gaza, Dr. Fauziah Hassan yang kini ditawan Israel, memang sudah bersedia dengan kemungkinan seumpamanya, kata suaminya Prof Dr Alauddin Mohd Ali.
JUMAAT, 7 OKTOBER
Shahruddin ditamatkan perkhidmatan sebagai Pengerusi ITBM serta-merta
Datuk Dr Shahruddin Md Salleh ditamatkan perkhidmatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) berkuat kuasa serta-merta.
Mengesahkan perkara itu, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata: “Apabila dia (Shahruddin) jadi setiausaha parti pembangkang, buat apa hendak bagi dia berkhidmat dengan kerajaan lagi."
SABTU, 8 OKTOBER
Mayat pensyarah UiTM dijumpai dalam bilik fakulti yang berkunci
Seorang pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, dijumpai mati di dalam bilik Fakulti Sains Gunaan universiti itu, pagi tadi.
Satu per lima pekerja Jepun berdepan 'maut akibat kerja berlebihan'
Satu per lima daripada tenaga kerja Jepun berdepan risiko’ maut akibat kerja berlebihan’, kata kaji selidik kerajaan mengenai budaya kerja yang teruk di negara itu.
Ratusan kes kematian yang berhubung kait dengan kerja yang terlalu banyak – seperti strok, serangan jantung dan bunuh diri – dilaporkan setiap tahun di Jepun.
AHAD, 9 OKTOBER
KJ kecam tindakan ganas penyokong Baju Merah
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengecam tindakan ganas yang dicetuskan penyokong Baju Merah ke atas aktivis Bersih 5 dalam kejadian di Sabak Bernam pada Sabtu.
Katanya, amalan demokrasi di negara ini tidak membenarkan keganasan serta kekerasan fizikal sebagai penyelesaian dalam berhadapan pandangan berbeza.
##ICYMI #Pilihan Pengarang
;