#ICYMI Berita Pilihan Pengarang (29 Ogos - 4 Sept 2016)

Astro Awani
September 5, 2016 09:08 MYT
Berita pilihan pengarang bagi 29 Ogos hingga 4 September 2016.
ANCAMAN Zika menjadi fokus utama minggu lalu apabila negara dikejutkan dengan kes pertama virus tersebut di Klang, Selangor.
Selain itu, Hari Kebangsaan 2016 juga telah disambut oleh seluruh rakyat Malaysia dengan mengekalkan tema 'Sehati Sejiwa’.
Berikut merupakan berita pilihan pengarang minggu lalu:
ISNIN, 29 OGOS:
Pelajar tingkatan tiga SMK Presint 9 Putrajaya maut terjatuh
Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 9 (2) maut selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan di sekolah berkenaan.
SPRM tahan pengerusi syarikat bank bergelar Tan Sri
SELASA, 30 OGOS:
Empat sekeluarga maut kemalangan di Kuala Kubu Baru
Empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak maut dalam kemalangan yang membabitkan empat kenderaan di kilometer 405, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan berhampiran Kuala Kubu Baru pada awal pagi Selasa.
RABU, 31 OGOS:
Semangat patriotisme dan kebersatuan rakyat terserlah di sambutan Hari Kebangsaan
Rakyat Malaysia daripada segenap lapisan masyarakat mempamerkan semangat semangat kekitaan tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama sempena menyambut Hari Kebangsaan 2016.
Kanak-kanak 2 tahun mati dipercayai didera saudara sendiri
KHAMIS, 1 SEPTEMBER:
Zika masuk Malaysia: Wanita Klang sah dijangkiti, kes pertama di negara ini
Kementerian Kesihatan mengesahkan seorang wanita berusia 58 tahun di Klang, Selangor sebagai mangsa pertama dijangkiti virus Zika di Malaysia.
Zika masuk Malaysia: 5 perkara anda perlu tahu
JUMAAT, 2 SEPTEMBER:
Sultan Selangor nikah Norashikin Abdul Rahman
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selamat diijab kabul dengan pembaca berita RTM, Norashikin Abdul Rahman di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang, 31 Ogos lepas.
Tiada UFO di Kuala Krai - Polis
Polis menafikan kononnya terdapat objek terbang yang tidak dikenali (UFO) berlegar-legar di ruang angkasa Kuala Krai sepertimana diviralkan menerusi media sosial.
SABTU, 3 SEPTEMBER:
Kerajaan kaji cadangan pelaksanaan enam jam tempoh kerja penjawat awam - KSN
Kerajaan akan membuat kajian terperinci berhubung cadangan pelaksanaan enam jam tempoh bekerja dalam kalangan penjawat awam.
14 maut, puluhan cedera dalam kejadian letupan pasar malam di Davao Filipina
AHAD, 4 SEPTEMBER:
Saya serah 'pen drive' untuk selesaikan masalah, bukan menghukum FAM - TMJ
Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan tujuan penyerahan 'pen drive' kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin adalah bagi menyelesaikan masalah di dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), dan bukanlah untuk menghukum FAM.
6 jam kerja: Lebih baik naikkan kadar upah - Cuepacs
Taman Tugu: Wajah baharu Kuala Lumpur bertaraf dunia
#berita #Hari Kebangsaan #Pilihan Pengarang #virus Zika
;