#ICYMI Berita Pilihan Pengarang (28 Dis 2015 - 3 Jan 2016)

Najiah Najib
Januari 3, 2016 17:02 MYT
Senarai berita pilihan pengarang Astro AWANI untuk minggu bermula 28 Dis, 2015 hingga 3 Jan, 2016.
BERIKUT adalah senarai berita pilihan pengarang Astro AWANI untuk minggu bermula 28 Dis, 2015 hingga 3 Jan, 2016.
Isnin, 28 Dis, 2015: Ahmad Maslan 'disekolahkan' netizen tentang beza kerja dan jawatan
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan menerima kritikan selepas beliau mengaku ada tiga kerja – sebagai Ahli Parlimen, Timbalan Menteri dan juga Ketua Penerangan UMNO.
Gambar personaliti berpengaruh di Instagram
Kompilasi foto-foto yang paling popular sepanjang 2015 yang disiarkan oleh beberapa personaliti di Malaysia, termasuk Menteri Belia dah Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, pendebat terbaik Asia Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Selasa, 29 Dis, 2015: Dividen dan bonus ASB dari tahun 1990-2015
Amanah Saham Nasional Berhad mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 7.25 sen seunit serta bonus 0.50 sen seunit bagi skim Amanah Saham Bumiputera untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015.
Joseph Entulu kahwin wanita 27 tahun
Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Selangau, Datuk Joseph Entulu Belaun, 61, dilaporkan telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan gadis berusia 27 tahun, Jacklyne Anthony.
Rabu, 30 Dis, 2015: 10 Foto Terbaik Astro AWANI Sepanjang 2015
Sebahagian dari detik-detik diingati yang dirakam menerusi lensa juru foto Astro AWANI, Shahir Omar sepanjang 2015.
Khamis, 31 Dis 2015: #SelamatkanZulkifli: Ini prosedur perundangan biasa, kata peguam
Kisah seorang lelaki, Mohammad Zulkifli Ismail, yang dilaporkan ditahan dan akan dituduh kerana didakwa membunuh perompak yang menceroboh rumahnya.
Lelaki 'naik hantu' di JPJ Batu Uban akan didakwa
Rakaman video insiden seorang lelaki, Syed Amen Jainul Abdin, 45, yang menimbulkan kekecohan di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan cawangan Batu Uban di Pulau Pinang, menjadi viral di media sosial.
Jumaat, 1 Jan 2016: Mahu Qu Puteh taja The Red Warriors? Ini dua syarat Datuk Vida
Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman yang lebih dikenali sebagai "Datuk Vida" dilaporkan bersedia untuk menaja Persatuan Bola Sepak Kelantan yang bergelut dengan krisis kewangan.
Reka cerita 'diculik' kerana mahu bersama teman lelaki
Khabar seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang kononnya diculik dari kediamannya di Klang, disahkan polis sebagai tidak benar apabila remaja itu ditemui bersama teman lelakinya.
Sabtu, 2 Jan 2016: 'Idris Haron perlu minta maaf dengan 'Sultan Melaka',' kata Syed Rosli
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron diminta segera memohon maaf kerana tuduhan gila kepada Sultan Melaka Darul Islam, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Almarhum Yam Raja Tuah yang mengaku dirinya adalah Sultan Melaka.
Ahad, 3 Jan 2016: 'Mak, saya penat, bila nak 'repair' basikal untuk ke sekolah?'
Keluhan seorang ibu tunggal, Azizah Ashaari, 52, yang mempunyai 14 orang anak, tentang bagaimana dia tidak mampu untuk menampung perbelanjaan sekolah anak-anaknya.
#Astro Awani #Berita Pilihan Pengarang #ICYMI