#ICYMI Berita Pilihan Pengarang (22 Ogos - 28 Ogos)

Najiah Najib
Ogos 28, 2016 07:22 MYT
Senarai berita pilihan pengarang Astro AWANI untuk minggu bermula 22 Ogos hingga 28 Ogos 2016.
BERIKUT adalah senarai berita pilihan pengarang Astro AWANI untuk minggu bermula 22 Ogos hingga 28 Ogos 2016.
Antara tajuk-tajuk utama minggu lalu termasuk gempa bumi kuat di Itali dan Myanmar, dan dakwaan pencabulan seksual di sebuah maahad tahfiz di Perak.
ISNIN, 22 OGOS: Sungai Lembing: Bandar mati hidup semula
Sungai Lembing yang terletak di daerah Kuantan, Pahang adalah antara lokasi yang tersenarai sebagai bandar mati. Laporan eksklusif Astro AWANI.
SELASA, 23 OGOS: Proton lancar Persona generasi kedua
Proton Persona generasi kedua dikuasakan dengan enjin 1.6 liter dan merupakan kereta Proton pertama yang disokong oleh indikator penanda pemanduan ‘eco’. (GALERI FOTO)
RABU, 24 OGOS: 'Pencabulan seksual luar tabii tidak berlaku'
Pemilik sekolah Maahad Tahfiz Darul Barakah, Datuk Kazim Elias menafikan berlaku pencabulan seksual dalam kalangan pelajarnya seperti yang viral di media sosial.
Gempa bumi 6.2 magnitud gegarkan Itali
Gempa bumi itu lantas mengakibatkan kemusnahan bangunan dan bekalan kuasa terputus sekitar Rieti serta mengorbankan hampir 300 nyawa.
Gempa 6.8 magnitud gegar Myanmar
Gegaran akibat gempa tersebut turut dirasai di Bangkok, Thailand; Bangladesh serta Kolkata di India. (GALERI FOTO)
KHAMIS, 25 OGOS: Wanita maut dihempap besi kren di Jalan Raja Chulan
Seorang wanita maut apabila dihempap takal besi yang terjatuh daripada sebuah kren di Jalan Raja Chulan.
Syed Azmi dedah dakwaan cabul pelajar tahfiz: 'Cium Abi sebelum tidur'
Aktivis sosial Syed Azmi Alhabshi mendedahkan butiran dakwaan pencabulan seks luar tabii yang berlaku di sebuah sekolah tahfiz, melalui kiriman Facebook.
JUMAAT, 26 OGOS: Busuk, kotor dan tercemar. Apa sudah jadi dengan Langkawi?
Busuk, kotor, dan tercemar; itulah ungkapan yang paling sesuai menggambarkan nasib yang dialami Sungai Kilim, Langkawi yang dipercayai menjadi mangsa pencemaran akibat kegagalan pengurusan sisa pepejal di pulau itu.
SABTU, 27 OGOS: Wanita rakyat Malaysia pesakit pertama dijangkiti virus Zika di Singapura
Seorang wanita rakyat Malaysia berusia 47 tahun dipercayai pesakit pertama dijangkiti virus Zika di Singapura.
Protes #TangkapMO1 berlangsung dengan aman
Bermula sekitar jam 2 petang, perhimpunan yang dianjurkan kumpulan aktivis Gerakan Anak Muda ini melakar beberapa titik pertemuan di sekitar ibu negara termasuk di hadapan pusat beli belah Sogo dan Masjid Negara.
AHAD, 28 OGOS: Dr Khir Toyo berkahwin lagi
Bekas menteri besar Selangor itu melangsungkan perkahwinan kedua bersama pasangannya, seorang penjawat awam, Christine Zanitrah Abdullah.
#berita Malaysia
;