#ICYMI: Berita Pilihan Pengarang (16 - 22 Mei)
Astro Awani
Mei 23, 2016 09:00 MYT
Mei 23, 2016 09:00 MYT
BERIKUT adalah tajuk-tajuk utama minggu lalu termasuk kejohanan Piala Thomas dan Piala Uber di Kunshan, China, warga Malaysia Kho Jabing yang menjalani hukuman gantung di Singapura dan pesawat EgyptAir yang terhempas di Laut Mediterranean.
ISNIN, 16 Mei:
Seorang wanita di Kanada menerima satu pengajaran berguna dalam hidupnya, iaitu jangan sewenang-wenangnya mempercayai apa yang diarahkan oleh aplikasi GPS.
Seorang lelaki warga Malaysia mati ditembak ketika sedang menunggang motosikal menuju ke sebuah hotel di pekan Hatyai kira-kira pukul 3.30 pagi.
Polis akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti pemilik sebenar pistol dan peluru yang dijumpai di dalam kenderaan milik pemain bola sepak Johor Darul Ta'zim FC (JDT), Safee Sali.
SELASA, 17 Mei:
APABILA seorang lelaki berpakaian pengantin dilihat mengagihkan makanan di tepi jalan, perkara pertama yang mungkin terlintas di fikiran adalah makanan kenduri yang berlebihan untuk dikongsi bersama orang ramai.
JUARA program Gempak Superstar, Siti Elizad Sharifuddin berhasrat menggunakan wang kemenangan untuk rawatan mata bapanya.
RABU, 18 Mei:
'Saya profesional, tiada belas kasihan.' Itu reaksi bersahaja pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Azamuddin Akil, yang bertekad membantu JDT meraih kemenangan dalam perlawanan menentang pasukan negeri kelahirannya, Pahang.
KHAMIS, 19 Mei:
Pesawat EgyptAir yang hilang dari radar sewaktu dalam perjalanan dari Paris ke Kaherah pada awal Khamis terhempas di lautan ke selatan Pulau Karpathos, Greece, sumber pihak berkuasa penerbangan Greece memaklumkan kepada agensi berita AFP.
Kho Jabing digantung pada 3.30 petang di Singapura
Rakyat Malaysia yang disabit dengan kesalahan membunuh, Kho Jabing, menjalani hukuman gantungnya pada 3.30 petang tadi di Kompleks Penjara Changi di sini.
Piala Thomas 2016: Malaysia gagal ke final selepas tewas kepada Denmark 2-3
Harapan Malaysia untuk ke final kejohanan Piala Thomas 2016 kecundang apabila pemain perseorangan ketiga negara, Chong Wei Feng tewas kepada pemain Denmark, Emil Holst.
AHAD, 22 Mei:
Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat serbuan di kediaman milik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Jalan Pinhorn, Georgetown kira-kira pukul 3.10 petang.