#ICYMI: Berita pilihan pengarang (14 - 20 Mac, 2016)
Astro Awani
Mac 21, 2016 09:29 MYT
Mac 21, 2016 09:29 MYT
Berita pilihan pengarang Astro AWANI bagi minggu bermula 14 sehingga 20 Mac.
Berikut adalah berita pilihan pengarang Astro AWANI bagi minggu bermula 14 sehingga 20 Mac.
Beberapa kejadian yang mengejutkan telah berlaku di beberapa bandar di dunia termasuk insiden letupan bom di Ankara, Peshawar, Istanbul dan Sinai.
Tidak ketinggalan juga kejadian nahas pesawat Flydubai FZ981 yang telah mengorbankan 62 orang.
ISNIN, 14 MAC:
Sekurang-kurangnya 34 orang terkorban manakala 125 cedera akibat letupan bom di Ankara, Turki pada Ahad.
Kumpulan The Edge Media Group membuat keputusan untuk menghentikan operasi portal berita The Malaysian Insider (TMI) bermula tengah malam Selasa (15 Mac, 2016), selepas lapan tahun beroperasi.
SELASA, 15 MAC:
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Dr Adenan Satem memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Tun Razak atas gurauannya agar Perdana Menteri mengahwini wanita Iban.
Dua wartawan Australia yang ditahan kerana bertindak agresif untuk mendekati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, tidak akan didakwa.
RABU, 16 MAC:
Sekurang-kurangnya 15 penjawat awam Pakistan maut selepas bas yang dinaiki meletup di Peshawar.
PAS mengumumkan pembentukan blok pakatan pembangkang baharu bersama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).
KHAMIS, 17 MAC:
Jawatan penaung Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) yang disandang Tun Dr Mahathir Mohamad terlucut secara automatik apabila pemimpin itu mengisytiharkan keluar daripada UMNO.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan aplikasi Facebook Live di laman rasmi beliau buat pertama kali.
JUMAAT, 18 MAC:
Meskipun dituduh membeli hartanah di bawah nilaian sebenar, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tetap mempertahankan transaksi tersebut.
Komposer tersohor, Datuk Adnan Abu Hassan, 57 tahun, menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.17 pagi Jumaat di Hospital Selayang.
SABTU, 19 MAC:
Pesawat Flydubai FZ981 terhempas ketika mendarat di bandar Rostov-on-Dov yang terletak di tenggara Rusia.
Sekurang-kurangnya lima terbunuh dan 20 cedera dalam insiden bom bunuh diri yang menggemparkan kawasan beli-belah di Jalan Istiklal Caddesi, Istanbul pada Sabtu.
AHAD, 20 MAC:
13 anggota polis Mesir terbunuh dalam satu serangan militan Daish (IS) di pusat pemeriksaan selatan wilayah El-Arish, utara Semenanjung Sinai.
Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin berkata beliau tidak minat untuk melayan jemputan sesi minum kopi oleh Lim Guan Eng.