#ICYMI Berita Pilihan Pengarang (12 - 18 September)

Astro Awani
September 19, 2016 00:52 MYT
#ICYMI Berita Pilihan Pengarang (12 - 18 September)
BERIKUT adalah senarai berita pilihan pengarang Astro AWANI untuk minggu bermula 12 hingga 18 September 2016.
Antara tajuk utama minggu lalu termasuk serpihan dijumpai di Tanzania sah milik MH370, apa anda perlu tahu tentang atlet paralimpik Ridzuan Puzi, letupan kuat menggegarkan Manhattan, dan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din meninggal dunia.

ISNIN, 12 SEPTEMBER
Paralimpik 2016: 8 fakta yang anda perlu tahu tentang Ridzuan Puzi
Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi mencipta sejarah sebagai atlet negara pertama yang berjaya meraih pingat emas di temasya Paralimpik.
Dalam acara acara 100m T36 (celebral palsy) yang berlangsung di Rio, Brazil Mohamad Ridzuan mencatat masa 12.07 saat mendahului Yang Yifei dari China (12.20s) dan Rodrigo Parreira da Silva dari negara tuan rumah (12.54s).

SELASA, 13 SEPTEMBER
Empat pelari Paralimpik acara 1500m atasi pemenang emas Olimpik
Para pemenang Paralimpik bagi acara larian 1,500 meter kategori lelaki mencatat masa yang lebih pantas daripada pemenang Sukan Olimpik yang berlangsung di Rio de Janeiro pada bulan lepas.


RABU, 14 SEPTEMBER
Indonesia teruskan bina 'tembok laut raksasa' untuk selamatkan Jakarta
Indonesia akan meneruskan usaha penambakan tanah yang akan membantu mengelakkan Jakarta daripada berada di bawah paras laut, kata menteri Kabinet republik itu, lima bulan selepas projek itu tertangguh berikutan isu peraturan dan alam sekitar.
Paralimpik Rio: Juri tolak rayuan Malaysia, Siti Noor Iasah terlepas pingat
Atlet paralimpik negara, Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin terlepas peluang meraih pingat gangsa acara 400m T20 wanita (masalah pembelajaran) di temasya Sukan Paralimpik Rio de Janeiro.

KHAMIS, 15 SEPTEMBER
Serpihan dijumpai di Tanzania sah milik MH370
Kementerian Pengangkutan memaklumkan serpihan pesawat yang dijumpai di Tanzania sebelum ini adalah milik pesawat Malaysia Airlines, MH370 yang hilang pada 2014.
Perkara terbabit disahkan selepas penelitian oleh pakar daripada Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), menurut kementerian itu menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.


JUMAAT, 16 SEPTEMBER

Dr Haron Din meninggal dunia
Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din telah meninggal dunia di sebuah hospital di San Francisco, Amerika Syarikat pada jam 10.05 waktu Malaysia pagi ini.


SABTU, 17 SEPTEMBER
Rakyat Malaysia bermalam di Lapangan Terbang Changi selama 18 hari
Seorang lelaki warga Malaysia bermalam di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura untuk tempoh hampir tiga minggu.
Menurut laporan The Straits Times, Raejali Buntut, 33, bermalam di tempat menunggu lapangan terbang berkenaan selama 18 hari bermula 21 Ogos hingga Rabu lepas setelah terlepas penerbangan.

AHAD, 18 SEPTEMBER
Letupan kuat gegarkan Manhattan, mangsa cedera digegas ke hospital
Satu letupan kuat menggegarkan kejiranan Chelsea, Manhattan pada Sabtu malam, mencetuskan situasi panik hinggakan pasukan polis dan bomba dikerah untuk berkawal di tempat kejadian.
##ICYMI Berita Pilihan Pengarang (12 - 18 September)