#ICYMI: Berita Pilihan Pengarang (12-18 Okt)
Astro Awani
Oktober 18, 2015 04:22 MYT
Oktober 18, 2015 04:22 MYT
Berita pilihan pengarang Astro Awani, untuk minggu bermula 12 Oktober hingga 18 Oktober, 2015.
Antara isu-isu utama minggu lalu termasuk pemimpin Barisan Nasional (BN) menyertai Tun Dr Mahathir Mohamad membantah penahanan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Mattias Chang di bawah SOSMA, serta kenaikkan tol di 18 lebuhraya mulai 15 Oktober.
Selain itu, pembentangan Laporan Siasatan Akhir pesawat Malaysia Airlines MH17, berita tentang remaja OKU Muhammad Firdaus Dullah meninggal dunia dan kisah sebenar tragedi kehilangan murid Orang Asli SK Tohoi turut menjadi perhatian, diikuti berita penyertaan bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Saifuddin ke dalam parti PKR.
Turut menjadi fokus ialah berita tentang Sultan Johor menjadi pemilik trak 'Mack' termahal di dunia, penahanan penggodam IS oleh polis Malaysia, dan pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) menjadi pasukan pertama tanah air ke perlawanan akhir Piala AFC.
Berita pilihan bagi minggu 12-18 Okt diakhiri dengan fokus kepada ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN pada perasmian Persidangan Perwakilan Nasional ke-44 Parti Gerakan Malaysia yang turut mengutarakan isu kaum Cina di Malaysia, isu tol dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Isnin, 12 Oktober: Pemimpin 'heavyweight' BN sertai Tun M, bantah penahanan SOSMA
Selasa, 13 Oktober: Kadar tol 18 lebuhraya naik mulai 15 Oktober
Khairuddin dan Matthias tidak didakwa di bawah SOSMA - Peguam Negara
Rabu, 14 Oktober: Laporan akhir sahkan MH17 ditembak BUK buatan Rusia
Remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah meninggal dunia
Khamis, 15 Oktober: Kisah sebenar tragedi kehilangan murid Orang Asli SK Tohoi
Sah Saifuddin Abdullah sertai PKR
Jumaat, 16 Oktober: Sultan Johor kini pemilik trak 'Mack' termahal di dunia
Penggodam IS salur maklumat untuk serang tentera AS
Sabtu, 17 Oktober: JDT jadi pasukan pertama tanah air ke perlawanan akhir Piala AFC
Ahad, 18 Oktober: Jika kadar tol tidak dinaikkan, BR1M juga mungkin berkurangan - Najib
Juga berita menarik lain minggu lalu, untuk tatapan anda:
#1MDB
#BN
#Khairuddin
#MH17
#Najib Razak
#Pilihan Pengarang
#PKR
#Pos Tohoi
#Saifuddin
#TUN DR MAHATHIR