ICU terbakar: 'Kenapa kematian menimpa keluarga sebelum Deepavali?' - Ibu K.Logeswaran

Harits Asyraf Hasnan
Oktober 25, 2016 13:34 MYT
Ibu Logeswaran tidak dapat ditenangkan oleh kaum keluarga dan staf HSA di sini malam tadi. - Gambar Astro AWANI
"Kenapa ini yang menimpa keluarga kami sebelum sambutan Deepavali? Anak kesayanganku, ibu sayang sangat dekat kamu," laung ibu K. Logeswaran, salah seorang mangsa kebakaran wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah di sini, tatkala melihat jasad anaknya ditempatkan di dalam keranda.
Laungan itu disahut dengan tangisan pilu lantas menambah kepiluan di Unit Forensik Hospital HSA di sini tatkala waris menuntut jenazah mangsa susulan tragedi kebakaran di hospital itu pada pagi Selasa.
Ibu (yang tidak mahu namanya diterbitkan) kepada mangsa kebakaran, Logeswaran, 20, menangis sambil memeluk salah seorang anak lelakinya yang turut hadir sama ketika menuntut jasad anak lelakinya itu.
BACA: LAPOR LANGSUNG: ICU HOSPITAL SULTANAH AMINAH, JOHOR BAHRU TERBAKAR

#LANGSUNG dari #HSA: Suasana pilu menyelubungi Unit Forensik apabila ibu kepada salah seorang mangsa meratapi pemergian anaknya @501Awani pic.twitter.com/PbAPIysJrb

— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) October 25, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jasad Logeswaran dituntut keluarga malam tadi dan dihantar ke kampung halaman mereka di Teluk Intan, Perak bagi urusan pengkebumian.
Sementara itu, keluarga mangsa Neeramala Devi dilihat tenang ketika mereka memberi penghormatan terakhir kepada mangsa berusia 24 tahun itu.

#LANSUNG dari #HSA: Jasad mangsa Neeramala Devi, 24 selesai menjalanai proses forensik dan dituntut ahli keluarga @501Awani pic.twitter.com/1GgT3nZrTt

— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) October 25, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#LANGSUNG dari #HSA: Suasana pilu menyelubungi Unit Forensik HSA. Waris tidak dapat menahan sebak @501Awani pic.twitter.com/qRPuylITDe

— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) October 25, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#LANGSUNG dari #HSA: Hati mana yang mampu menahan sebak tatkala melihat tangisan seorang bapa melihat jasad anaknya @501Awani pic.twitter.com/xM5RGURj1e

— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) October 25, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada kebakaran yang bermula 8.56 pagi itu, enam pesakit, terdiri daripada empat wanita dan dua lelaki maut. Mereka adalah antara tujuh pesakit di ICU berkenaan manakala seorang pesakit lagi ditemui selamat dan masih dirawat di HSA.
Dua kakitangan HSA dihantar ke Hospital Sultan Ismail manakala seorang kakitangan dirawat di HSA akibat terhidu asap.
#Hospital Sultanah Aminah #ICU #K.Logeswaran #Unit Forensik HSA