Ibu tunggal dituduh tipu tiket konsert Awie
Astro Awani
Disember 23, 2022 15:35 MYT
Disember 23, 2022 15:35 MYT
KUALA LUMPUR: Seorang ibu tunggal mengaku tidak bersalah di Mahkmah Majistret Ampang di sini hari ini atas pertuduhan cubaan menipu rakan penyanyi rock tanah air, Datuk Ahmad Azhar Othman atau Awie untuk membeli tiket konsert yang tidak wujud Oktober lalu.
Norhayati Maslinda Chew Asmawie Chew, 44, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Normaizan Rahim.
Mengikut pertuduhan, tertuduh telah memperdaya penganjur acara iaitu Murbarak Akthar Mohd Aris, 52, dengan mendorong mangsa untuk membeli tiket konsert ‘Unplugged Living Legend’ yang tidak wujud untuk menyerahkan wang ke akaun bank milik tertuduh.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Taman Bukit Mulia, Bukit Antarabangsa, itu negara pada 24 Oktober lalu.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama, yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Majistret Normaizan kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin.