Ibu temui mayat anak hampir reput dalam rumah

Bernama
Disember 27, 2015 20:52 MYT
Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - Gambar fail
Seorang ibu terkejut apabila menemui mayat anaknya yang hampir reput dipercayai meninggal dunia lima hari lepas di rumahnya di Kampung Pulau Sebang, Alor Gajah pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supt Muhamad Ismail Muhamad Yusuf berkata wanita tersebut Saedah Sidek, 66, tiada di rumah kerana berada di Kuala Lumpur sejak 18 Dis lepas untuk menghantar adik beradiknya menunaikan umrah.
Beliau berkata pemeriksaan ke atas mayat Mohd Ridzwan Tambi Chik, 37, mendapati terdapat tompokan darah di kepalanya sementara dompet serta kad pengenalannya juga hilang.
Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, katanya kepada Bernama.
Muhamad Ismail berkata mangsa dilapor bekerja di sebuah syarikat perkapalan di Johor Bahru dan pulang ke rumah ibunya untuk bercuti.
#kampung pulau sebang #maut #Mohd Ridzwan Tambi Chik #muhamad ismail muhamad yusuf
;