Ibu rayu remaja 19 tahun yang hilang sejak Jumaat pulang

Astro Awani
April 21, 2015 17:54 MYT
Fudhla Afaf Jamnul Azmin, 19, dilaporkan hilang sejak pagi Jumaat. -Gambar: Facebook
Seorang remaja berusia 19 tahun dilaporkan hilang sejak pagi Jumaat masih belum ditemui.
Fudhla Afaf Jamnul Azmin merupakan seorang pelajar di Pusat Pengajian Darul Hadis, Alor Setar dan kali terakhir dilihat di stesen bas berdekatan dengan Asrama Darul Hadis.
“Seorang pelajar nampak anak perempuan saya memakai jubah hitam dan tudung hitam. Dia juga membawa beg. Dia kemudian dilihat menaiki bas.
“Kami fikir dia mahu pulang ke rumah keluarga di Shah Alam. Laluan bas adalah dari Alor Setar ke Klang... jadi saya suruh seorang ahli keluarga untuk cari di stesen bas Klang, namun beliau tidak nampak sesiapa,” kata ibunya Fadhilah Osman.
Walaupun laporan polis telah dibuat, Fadhilah akui belum lagi menerima maklumat terkini dari pihak berkuasa.
“Saya belum menerima sebarang maklumat dari polis.
“Kali terakhir saya bercakap dengan dia menerusi telefon adalah pada bulan lepas. Memang dia tidak cakap apa-apa atau berkelakuan berbeza. Teman-teman di asrama pun tidak tahu dia ke mana. Saya sendiri pun tidak tahu apa masalah sebenar,” kata Fadhilah dalam nada resah.
Ditanya jika beliau syak sama ada anaknya menghilangkan diri atau diculik, Fadhilah akui perasaannya kini bercampur dan tidak dapat untuk berfikir tentang sebarang kemungkinan.
"Saya tidak tahu apa nak rasa. Banyak di fikiran dan tidak tahu yang mana betul dan yang mana tidak, susah nak cakap," katanya.
Fudhla Afaf dipercayai berada di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Fadhilah di talian 012-380-1664 atau 018-661-9212.
#Fadhilah Osman #Fudhla Afaf Jamnul Azmin
;