Ibu mentua Menteri Pendidikan Tinggi meninggal dunia

Bernama
Julai 5, 2024 00:08 MYT
Ibu mentua kepada Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir, Sariyah Amir, 75, meninggal dunia petang tadi. - Foto Facebook Zambry Abd Kadir
KUALA LUMPUR: Ibu mentua kepada Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir, Sariyah Amir, 75, meninggal dunia petang tadi.
Perkara itu dimaklumkan Zambry menerusi Facebook beliau malam ini.
"Dukacita dimaklumkan bahawa ibu mertua saya Hajah Sariyah binti Amir telah kembali ke rahmatullah petang tadi, 5 Julai 2024 bersamaan dengan 28 Zulhijjah 1445H.
"Semoga roh Almarhumah dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman," katanya.
Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menerusi hantaran Facebooknya menzahirkan ucapan takziah kepada Zambry atas pemergian ibu mertuanya.
-- BERNAMA
#ibu mentua Menteri Pendidikan Tinggi #meninggal dunia #Zambry Abd Kadir #Hajah Sariyah binti Amir
;