Ibu maut, anak cedera dalam kemalangan dua kereta

Abd Razak Mohd Ali
Ogos 19, 2021 17:32 MYT
Seorang wanita maut manakala anak perempuannya cedera selepas kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan. - Foto ihsan JBPM
SUNGAI SIPUT: Seorang wanita maut manakala anak perempuannya cedera selepas kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan di jalan besar Kampung Tersusun Salak Baru, di sini, hari ini.
Mangsa, Nurul Yasmin Irana Abd Rahim, 35, yang memandu kereta jenis Perodua Kancil disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Anak mangsa berusia lima tahun yang cedera ringan dan dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk rawatan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput, Mohd Azizi Zakaria berkata, sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada jam 1.41 petang.
Menurutnya, sebaik tiba dilokasi, didapati kemalangan itu membabitkan kereta dipandu mangsa dan sebuah kereta lain jenis Hyundai Sonata.
"Pemandu kereta Kancil didapati tersepit di bahagian tempat duduk dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas perubatan,” katanya di sini hari ini.
Menurutnya, anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
#kemalangan #kemalangan maut #Nurul Yasmin Irana Abd Rahim #Perodua Kancil #Kampung Tersusun Salak Baru #Hospital Sungai Siput #Hyundai Sonata
;