Ibu jari Ketua Polis Daerah Besut gagal diselamatkan selepas ditetak - Ketua Polis Terengganu

Sharom Abu Bakar
Ogos 19, 2019 17:12 MYT
Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail berkata pembedahan untuk menyambungnya juga tidak berjaya. - Foto Astro AWANI

Ibu jari kanan Ketua Polis Daerah Besut, Suprintendan Mohd Zamri Mohd Rowi yang putus ditetak lelaki kurang siuman gagal berfungsi.



Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail berkata, pembedahan untuk menyambung jari terbabit juga tidak berjaya. 


Katanya lagi, pembedahan yang dilakukan pakar perubatan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan pada Jumaat lalu untuk menyambung jari yang cedera teruk juga tidak berjaya, selain turut dikesan menyebabkan risiko komplikasi kepada otak Mohd Zamri.


“Jari memang tidak dapat diselamatkan kerana sudah pun ada jangkitan namun jika dibiarkan, dia akan berjangkit pada otak. Kita masih lagi menjalankan siasatan suspek telah direman 7 hari bagi membantu siasatan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.


Beliau berkata Mohd Zamri kini dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).


Pada Mohd Zamri cedera selepas ditetak oleh seorang individu dikenalinya.

Kejadian berlaku di hadapan rumah mangsa di Jerteh, Besut kira-kira jam 12.50 tengahari.
Ekoran kejadian itu mangsa mengalami kecederaan putus ibu jari kanan dan luka di belakang kepala.

#Aidi Ismail #Besut #Hospital #HUSM #jari putus #Ketua Polis Daerah Besut #Ketua Polis Terengganu #Malaysia #mangsa #mangsa tetak #Mohd Zamri Mohd Rowi #polis #suspek #Tetak
;