Ibu hidap kanser meninggal dunia, lima beradik kini sebatang kara
Muhafandi Muhamad
Jun 30, 2017 22:16 MYT
Jun 30, 2017 22:16 MYT
Ibu kepada lima beradik yang mendapat simpati orang ramai selepas kisah sedihnya disiarkan Astro AWANI sehari sebelum Aidilfitri lalu meninggal dunia Jumaat malam.
Akma Ismail, 41, meninggal dunia akibat kanser payu dara tahap empat sekitar jam 7.15 malam ini di wad Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian dekat sini.
Hanya anak perempuannya Azrin Alia Balkis, 11, berada di sisi Allahyarham ketika menghembuskan nafas terakhir.
Empat lagi adik beradik Azrin berada di rumah mereka di Besut.
Astro AWANI pada 23 Jun lalu menyiarkan kisah lima beradik yang berduka dalam menantikan kedatangan 1 Syawal.