Ibu hamil tiga bulan maut digilis lori di Rawang
Astro Awani
November 10, 2017 08:38 MYT
November 10, 2017 08:38 MYT
Seorang ibu hamil tiga bulan maut digilis lori di persimpangan M-Residence, Bandar Tasik Puteri Rawang malam tadi.
Nahas sekitar jam 7 malam itu berlaku ketika mangsa yang menaiki motosikal dalam perjalanan pulang ke rumahnya di blok 26, berdekatan taman perumahan terbabit.
Difahamkan lori tanah berkenaan membuat ‘pusingan u’ sebelum menggilis mangsa.
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Mangsa dikenali sebagai Noorazlia Idris, 26, bertugas sebagai jururawat di sebuah pusat dialisis di sini.
Polis mengambil keterangan pemandu lori berkenaan dan mengarahkan dia menjalani ujian saringan air kencing.
Kes disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan.