Ibu Gareth Huntley berada di Hospital Ampuan untuk kenal pasti mayat
Bernama
Jun 5, 2014 13:27 MYT
Jun 5, 2014 13:27 MYT
Janet Southwell berada di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini pagi tadi untuk mengenal pasti sama ada mayat yang ditemui di Pulau Tioman semalam adalah mayat anaknya yang dilapor hilang sejak lapan hari lalu.
Beliau tiba di hospital kira-kira 11 pagi dari pulau tersebut dengan helikopter sambil ditemani Naib Konsul Pesuruhjaya Tinggi British dan teman wanita anaknya Kit Natariga Panyawatcharakun.
Mayat dibawa ke hospital kira-kira pukul 1 pagi tadi dengan helikopter.
Gareth David Huntley dilapor hilang pada 27 Mei lalu ketika pergi sendirian ke kawasan air terjun Lubuk Teja di pulau itu.
Mayat seorang lelaki kemudiannya ditemui di Kampung Juara di pulau itu tengah hari semalam, kira-kira 500 meter dari tempat chalet penginapan Gareth di Pusat Perlindungan Penyu di kampung itu.
Bedah siasat sedang dijalankan untuk mengenal pasti identiti sebenar mayat.