Ibu gajah setia tunggu anak jatuh longkang
Sinar Harian
Julai 4, 2024 14:22 MYT
Julai 4, 2024 14:22 MYT
JELI: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menyelamatkan seekor anak gajah yang terjatuh ke dalam longkang di Batu 13, Jalan Raya Timur-Barat di sini pada Ahad.
Operasi menyelamat itu dilakukan oleh seramai lapan anggota Perhilitan Daerah Jeli.
Video berdurasi 1 minit 20 saat yang dimuat naik di Facebook Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia itu ditonton lebih 46,600 tontonan serta menerima lebih 2,500 tanda suka.
Semasa operasi menyelamat dilakukan turut kelihatan ibu kepada anak gajah tersebut yang tidak berganjak dan sabar menanti kerja-kerja menyelamatkan anaknya.
Anak gajah itu berjaya diselamatkan menggunakan tali yang diikat pada jengkaut.
Selepas diselamatkan ibu serta anak gajah tersebut dilihat masuk ke kawasan hutan berhampiran.
Sementara itu, Pengarah Perhilitan Kelantan, Mohamad Hafid Rohani ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkait perkara tersebut. - Sinar Harian