Ibu, dua anak rentung dalam kebakaran awal pagi di Kamunting

Abd Razak Mohd Ali
Mac 23, 2020 07:57 MYT
Seorang wanita dan dua anaknya rentung apabila rumah mereka di Lorong Merbah, Kampung Sungai Relong, di sini, terbakar awal pagi Selasa.
Seorang wanita dan dua anaknya rentung apabila rumah mereka di Lorong Merbah, Kampung Sungai Relong, di sini, terbakar awal pagi Selasa.
Korban dikenali sebagai Jazmaniza Man, 35, serta dua anaknya Mohd Anaz Rizki Mohd Khairul, 4, dan Nur Aulia Medina, 3.
Suami mangsa Mohd Khairul Ismail, 38, cedera parah akibat melecur manakala seorang lagi anak mereka Muhamad Afiq Aryan, 6, cedera ringan.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak, mereka menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 1.20 pagi.
Katanya, apabila jentera A1-30 Kamunting tiba di lokasi kejadian, didapati sebuah rumah kelas C berkeluasan 30 x 60 sedang terbakar 80 peratus dan terdapat lima orang mangsa di dalam rumah tersebut.
“Seorang lelaki dewasa cedera parah melecur pada bahagian tangan dan belakang, dan seorang kanak-kanak lelaki cedera ringan melecur pada bahagian tangan telah dihantar oleh jentera EMRS Kamunting ke hospital,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, mayat ketiga-tiga beranak itu ditemukan ketika proses pemadaman dijalankan kira-kira jam 1.35 pagi.
Operasi yang diketuai Penolong Penguasa Bomba Azizan Aziz tamat pada 4.40 pagi.
#A1-30 #Afiq Aryan #Aulia Medina #bomba #EMRS #ibu dan dua anak rentung #Jazmaniza Man #JBPM #melecur #Mohd Anaz Rizki Mohd Khairul #rumah terbakar
;