“Ibu dan isteri, dua wanita terpenting dalam hidup saya" - Anwar
Shafiqa Azami
Mac 8, 2025 18:10 MYT
Mac 8, 2025 18:10 MYT
Anwar berkata, kedua-dua mereka merupakan tulang belakang serta sumber kekuatan beliau dalam perjuangan menuntut keadilan dan membela rakyat. - Gambar/ FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Ibu, Allahyarhamah Che Yan Hamid Hussein, dan isteri tercinta, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail merupakan dua wanita yang penting bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menerusi laman sosialnya, Anwar berkata kedua-dua mereka merupakan tulang belakang serta sumber kekuatan beliau dalam perjuangan menuntut keadilan dan membela rakyat.
Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia, beliau menyifatkan hari ini sebagai hari yang meraikan keberanian, pegorbanan dan peranan luar biasa wanita dalam membentuk masyarakat yang lebih adil dan sejarhtera
“Semoga kita terus memperjuangkan hak dan martabat wanita, memastikan mereka diberi ruang dan peluang yang saksama dalam semua aspek kehidupan,” katanya.