IPOH:Jenazah tiga beradik yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat Ipoh pada Rabu dituntut bapa mereka di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh petang Khamis.
Jenazah tiga beradik itu dibawa balik ke Melaka untuk dikebumikan di Kampung Sungai Putat.
Bapa mereka, Muhammad Alhafiz Mohamad berkata, belum memaklumkan kematian tiga beradik itu kepada isterinya, Nur Aimi Nadiah Abdul Rahim, yang masih dirawat akibat parah dalam kemalangan berkenaan.
"Saya mahu keadaan isteri stabil dahulu. Saya akan sampaikan berita kehilangan ini kepadanya pada masa yang sesuai," katanya di HRPB di sini, pada Khamis.
Sementara itu, abang sulung Nur Aimi Nadiah, Muhd Jazli Aiman berkata, mereka sekeluarga berhasrat membawa adiknya ke Melaka untuk dirawat di hospital di negeri itu.
"Kita belum dapat maklumat lanjut daripada doktor (mengenai keadaannya). Jadi kita harap semuanya dipermudahkan.
"Keluarga kami akan bincang macam mana sebab kalau dapat pindah ke Melaka, lagi mudah sebab dua-dua keluarga duduk di Melaka," katanya.
BACA: Tiga kanak-kanak maut dalam kemalangan di Lebuhraya PLUS
Dalam kemalangan di Kilometer 272.4 PLUS arah utara kira-kira pukul 2.45 petang Rabu, Muhammad Adam Hakimi, 7; Muhammad Lutfi Hakim, 3, dan Muhammad Affan Hafiy, 1, meninggal dunia di tempat kejadian manakala ibu mereka, Nur Aimi Nadiah cedera parah.
Nahas yang menimpa empat beranak itu dipercayai berlaku apabila kereta jenis Perodua Axia dipandu Nur Aimi Nadiah terbabas lalu melanggar belakang sebuah treler yang berada di lorong kecemasan.
Kejadian berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang selepas balik bercuti menemui Muhammad Alhafiz yang bekerja di Melaka.
Abd Razak Mohd Ali
Thu Dec 17 2020
![Ibu belum dimaklumkan tiga anak maut dalam kemalangan Ibu belum dimaklumkan tiga anak maut dalam kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71608211594_kemalangandiLebuhr.jpg)
Nahas yang menimpa empat beranak itu dipercayai berlaku apabila kereta jenis Perodua Axia dipandu Nur Aimi Nadiah terbabas lalu melanggar belakang sebuah treler yang berada di lorong kecemasan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Kanak-kanak perempuan melecur terkena seterika Kanak-kanak perempuan melecur terkena seterika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721036680_bayigeneric.jpg)
Kanak-kanak perempuan melecur terkena seterika
Seorang kanak-kanak perempuan melecur di bahagian badan akibat terkena seterika dalam kejadian dekat sebuah rumah di Ara Damansara pada Isnin.
![Seorang parah, seorang cedera kereta terbabas di Sungai Siput Seorang parah, seorang cedera kereta terbabas di Sungai Siput](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721010546_keretaterbabasSu.jpg)
Seorang parah, seorang cedera kereta terbabas di Sungai Siput
Kejadian berlaku kira-kira jam 3.18 pagi, di Jalan Jalong, Sungai Siput.
![APAD batal lesen pengendali syarikat bas terlibat kemalangan di Genting Highlands APAD batal lesen pengendali syarikat bas terlibat kemalangan di Genting Highlands](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719720471_baspersiaran.jpg)
APAD batal lesen pengendali syarikat bas terlibat kemalangan di Genting Highlands
Keputusan dibuat selepas syarikat itu gagal mematuhi syarat lesen mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan pemanduan secara berbahaya.
![Kelindan maut, pemandu cedera nahas dua lori di PLUS Kelindan maut, pemandu cedera nahas dua lori di PLUS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720580503_tbkelindanlorimaut.jpg)
Kelindan maut, pemandu cedera nahas dua lori di PLUS
Kelindan berusia 25 tahun itu meninggal dunia di lokasi manakala pemandu berusia 40 tahun mengalami patah kaki.
![Paris 2024: Nur Aisyah pulih sepenuhnya dari kecederaan Paris 2024: Nur Aisyah pulih sepenuhnya dari kecederaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720446310_TBNurAisyah.jpg)
Paris 2024: Nur Aisyah pulih sepenuhnya dari kecederaan
Nur Aisyah Mohamad Zubir sudah pulih sepenuhnya untuk beraksi di Olimpik Paris 2024 selepas terlibat dalam kemalangan ketika menyertai pertandingan di Belgium pada 16 Jun lalu.
![Pengarah filem Mansor Puteh meninggal dunia akibat kemalangan Pengarah filem Mansor Puteh meninggal dunia akibat kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720333425_MansorPutehMening.jpg)
Pengarah filem Mansor Puteh meninggal dunia akibat kemalangan
Pengarah dan pengkritik filem serta budaya, Mansor Puteh meninggal dunia selepas kereta yang dipandunya terbabas di Alam Damai, Cheras, di sini, pada Ahad.
![Pasangan warga emas maut kereta dinaiki bertembung bas ekspres Pasangan warga emas maut kereta dinaiki bertembung bas ekspres](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720189643_TBkemalanganMaut.jpg)
Pasangan warga emas maut kereta dinaiki bertembung bas ekspres
Sepasang suami isteri warga emas maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 3.7 Jalan Machang-Tanah Merah.
![Nahas dua kereta di Jalan Jelapang ragut satu nyawa Nahas dua kereta di Jalan Jelapang ragut satu nyawa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720058387_TBkemalangan.jpg)
Nahas dua kereta di Jalan Jelapang ragut satu nyawa
Seorang lagi mangsa cedera dalam kemalangan antara kereta Proton Waja dan Nissan Ad Resort, malam tadi.
![Pemandu treler maut tersepit di tempat duduk Pemandu treler maut tersepit di tempat duduk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719882954_MAUT.jpg)
Pemandu treler maut tersepit di tempat duduk
Kemalangan di Kilometer 62, Lebih Raya Utara Selatan, awal pagi itu melibatkan dua buah treler.
![Penunggang motosikal maut digilis lori treler Penunggang motosikal maut digilis lori treler](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719872511_PenunggangMaut.jpg)
Penunggang motosikal maut digilis lori treler
Siasatan mendapati mangsa dipercayai cuba memotong sebuah lori treler namun bergesel dengan sebuah lagi lori lain di laluan sama.