Ibu Azalina meninggal dunia

Astro Awani
Oktober 25, 2022 11:25 MYT
Azalina kehilangan ibunya yang menghembus nafas terakhir pagi ini di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Azalina Othman Said kehilangan ibunya, Datin Salamah Sheikh Ahmad, yang menghembus nafas terakhir pagi ini di Institut Jantung Negara (IJN) di sini.
Jenazah ibu kepada penyandang kerusi Parlimen Pengerang itu dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara selepas solat Zohor hari ini.
Berita pemergian ibu Azalina itu dikongsikan Penasihat Khas Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Rashid Shirlin, di Facebooknya.
Anggota Dewan Udangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat Aznan Tamin, turut berkongsi berita duka pemergian ibu Azalina itu.
Pada 29 Julai lalu, Azalina kehilangan ayahnya, Datuk Othman Said.
Allahyarham meninggal dunia pada usia 89 tahun di kediamannya di Kelana Jaya, Selangor kerana sakit tua.
#Azalina Othman Said #Salamah Sheikh Ahmad #meninggal dunia #IJN
;