Ibu Adelina Lisao kembali menuntut keadilan

Agensi
Februari 13, 2019 12:56 MYT
Keadaan Adelina yang sedang duduk di kawasan luar pagar rumah majikan pada 10 Februari 2018. - Gambar fail
Setahun selepas kematian seorang pembantu rumah Indonesia, Adelina Lisao, yang didera oleh majikannya, ibu Adelina kini kembali untuk menuntut keadilan berikutan kes penderaan lain yang timbul di mahkamah Malaysia.
Kematian Adelina Lisao, mencetuskan kemarahan orang ramai dan majikan Lisao, seorang ibu dan dua anaknya, dituduh di mahkamah akibat pembunuhan dan menggajikan warga asing tanpa dokumen sah, namun proses pengadilan itu dilihat berlangsung dengan perlahan.
Pada 10 Februari 2018, Lisao ditemui dalam keadaan di mana ada kesan lebam pada kepala, tangan dan kaki akibat deraan majikannya. Selepas dibawa ke Hospital Bukit Mertajam, Lisao meninggal dunia pada hari berikutnya akibat kekurangan darah.
“Saya merindui anak saya selama setahun.
“Dia mati bukan akibat penyakitnya tetapi kerana dia didera,” kata ibu Lisao, Yohana Banunaek, kepada pemberita Selasa lalu melalui Skype dari kota Kupang, Indonesia, sempena majlis peringatan ulang tahun kematian setahun Lisao.
BACA: Majikan kes dera amah, bapa dera bayi akan dituduh di mahkamah
Sementara itu, Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran, mengulangi katanya pada Selasa lalu bahawa Malaysia bersedia untuk 'mengisytiharkan perang' terhadap pemerdagangan manusia dan sindiket buruh paksa, sambil menambah bahawa kajian semula undang-undang buruh sedang dijalankan.
Kematian Lisao merupakan antara siri kes penderaan warga asing di Malaysia, yang banyak bergantung pada pekerja asing dalam sektor perkilangan, perladangan dan kerja-kerja domestik.
Malaysia merupakan tuan rumah kepada hampir 2 juta pekerja asing, walaupun terdapat anggaran yang berkata bahawa ada lagi berjuta pekerja asing haram dalam negara yang ditipu dengan janji-janji gaji lumayan.
BACA: Keluarga Adelina terima pampasan RM63,900
Indonesia dan Kemboja pernah melarang warga negara masing-masing untuk bekerja di Malaysia selepas timbulnya kes-kes penderaan pembantu rumah warga asing.
Lisao, berusia 20-an, diselamatkan daripada majikannya di Pulau Pinang bulan Februari tahun lepas selepas jiran rumah majikannya melapor kepada pihak berkuasa tentang penderaan Lisao tidur di sebelah anjing di tempat letak kereta tertutup rumah.
Lisao ditemui dengan lebam pada wajahnya dan meninggal dunia akibat kecederaan pada hari berikutnya.
"Setahun sudah berlalu namun masih tiada keadilan.
"Ini bukan kes yang pertama. Kami mempunyai beberapa kes yang difailkan di mahkamah mengenai gaji tidak dibayar dan pemecatan yang salah ... tetapi kes ini hanya diabaikan di sana," kata Glorene Das, pengarah eksekutif kumpulan hak asasi warga asing Tenaganita.
BACA: Dera amah: Jiran sering dengar jeritan, diberi amaran jaga hal sendiri
Malaysia pada bulan lalu bercadang untuk menggunakan undang-undang yang berasingan melindungi pekerja rumah tangga, satu langkah yang disambut baik oleh Tenaganita yang mengatakan kumpulan warga asing itu sangat terdedah kepada buruh paksa kerana sifat mereka yang lemah.
Laporan 2018 Perdagangan Orang Awam Jabatan A.S. meletakkan Malaysia dalam Senarai 'Tier 2 Watch' (peringkat kedua terendah) kerana tidak memenuhi piawaian minimum dalam usaha untuk menghapuskan pemerdagangan manusia.
#Adelina Lisao #amah #anjing #dera #Indonesia #Kuala Lumpur #mahkamah #majikan #Malaysia #meninggal dunia #pekerja asing #pulau pinang #Tenaganita #warga asing
;