Ibrahim Ali: Perkasa mahu nilai KPI menteri, TPM dan PM

Astro Awani
Disember 22, 2013 17:51 MYT
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali hari ini mengumumkan bahawa pihaknya akan menilai Indeks Prestasi Utama (KPI) Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri serta menteri-menteri kabinet yang lain.
Ibrahim berkata indeks berkenaan akan memberi petunjuk kepada masyarakat sekiranya tindakan para pemimpin tersebut merugikan orang Melayu.
"Saya hendak akhbar laporkan, KPI PM, TPM dan menteri-menteri Kabinet akan ditentukan PERKASA,” katanya ketika menyampaikan ucapan aluan di persidangan agung tahunan kali keempat Perkasa di Dewan Muktamar, Pusat Islam, di sini hari ini.
Beliau juga menegaskan Perkasa juga akan menegur tindak-tanduk dan polisi UMNO dan Barisan Nasional (BN) secara terbuka.
"Dulu kita tak tegur secara terbuka kerana kita takut jadi tarik rambut dalam tepung, tepung berselerak,” katanya.
#Datuk Ibrahim Ali #Indeks Prestasi Utama #PERKASA
;