Ibrahim Ali dijatuhkan hukuman penjara, denda

Haider Yutim
November 19, 2013 14:07 MYT
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman denda RM20,000 dan penjara sehari ke atas presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali atas kesalahan menghina mahkamah.
Hukuman denda dan penjara turut dikenakan ke atas penulis Zainuddin Salleh atas kesalahan yang sama.
Bagaimanapun Zainuddin telah ditetapkan oleh mahkamah agar menjalani hukuman penjara selama empat minggu yang berkuatkuasa hari ini.
Kedua-dua mereka dihukum setelah didapati bersalah menghina mahkamah berhubung satu artikel berkaitan seorang hakim yang disiarkan dalam laman web PERKASA.
Pada 7 Januari lalu, salah seorang penulis laman web PERKASA, Zainuddin Salleh telah menerbitkan satu artikel yang dianggap mencalar imej salah seorang hakim Mahkamah Tinggi.
Kandungan artikel tersebut didakwa telah menyerang keperibadian hakim tersebut.
#denda #hina mahkamah #Ibrahim Ali #Mahkamah Tinggi #penjara
;