Ibarat tsunami ...
Agensi
Mac 12, 2021 17:27 MYT
Mac 12, 2021 17:27 MYT
KEMAMAN: Ibarat tsunami.
Itu gambaran diberikan penduduk Taman Bukit Mentok, Kampung Pengkalan Pandan, Chukai, di sini apabila tangki air taman perumahan tersebut runtuh menyembah bumi dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi Jumaat.
Kejadian itu turut mengejutkan penghuni 138 rumah di taman itu dan sehubungan itu air dari tangki besar itu melimpah masuk ke beberapa rumah berhampiran, lapor portal Sinar Harian di sini hari ini.
Seorang penduduk, Jimmy Tan Chun Hiang, 53, berkata, dia tidak menyangka tangki berusia lebih 40 tahun yang berfungsi menyalurkan bekalan air kepada penduduk akan menyembah bumi.
Bagaimanapun, dia bersyukur kerana insiden berkenaan tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.
Laporan itu turut memetik, penduduk keluar untuk mengenal pasti bunyi kuat dan terkejt melihat tangka air berada di tanah.
Chun Hiang yang sudah 20 tahun tinggal di taman itu turut berharap pihak keselamatan dapat memasang garisan halangan memasuki kawasan runtuhan bagi mengelak berlaku kejadian tidak diingini.
“Kita bimbang ada orang bermain di sana dan akan cedera kerana sisa runtuhan seperti besi, paku dan benda tajam belum dibersihkan dengan sempurna lagi,” kata Chun Hiang.
Sinar Harian melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat berkata tangki air itu runtuh akibat besinya berkara sehubungan kawasan itu beberapa kali dilanda banjir sejak tahun 2013.
#runtuhan tangki air
#keselamatan
#taman bukit mentok
#Pengkalan Pandan
#Jimmy Tan Chun Hiang
#ADUN Chukai
#Hanafiah Mat