'Ia pemberian Tuanku Sultan Johor' - PM

Sinar Harian
November 30, 2022 04:11 MYT
Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kasut miliknya yang didakwa berharga lebih RM5,500 adalah pemberian Sultan Johor dua tahun lalu. - Gambar Twitter ANWAR IBRAHIM
SHAH ALAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kasut miliknya yang didakwa berharga lebih RM5,500 adalah pemberian Sultan Johor dua tahun lalu.
Beliau menjawab satu ciapan oleh pengguna akaun Twitter berkenaan kasut tersebut pada Selasa.
"Ia pemberian Tuanku Sultan Johor 2 tahun yang lalu.
"Saudara nak persoal saya tidak mengapa, tapi jangan bawa naratif fitnah," katanya dalam laman Twitternya pada Selasa.

Ia pemberian Tuanku Sultan Johor 2 tahun yang lalu. Saudara nak persoal saya tidak mengapa, tapi jangan bawa naratif fitnah. https://t.co/lLOYqxtrr3

— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) November 29, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum itu dalam satu ciapan di Twitter, seorang netizen membuat kenyataan berbaur sindiran apabila mengatakan Anwar walaupun telah menolak menggunakan kenderaan jenis Mercedes S600 untuk urusan rasmi, namun beliau dilihat mengenakan kasut jenama mewah yang berharga kira-kira RM5,500.
Pada Ahad, Perdana Menteri memaklumkan beliau menolak menggunakan Mercedes S600 yang telah dibeli dan diperoleh Jabatan Perdana Menteri (JPM), sebaliknya akan menggunakan apa saja kenderaan sedia ada di pejabat bagi kegunaan harian.
Anwar berkata, langkah tersebut diambil kerana tidak mahukan sebarang perbelanjaan baharu dibuat ke atas beliau.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
#kasut mewah Anwar Ibrahim #hadiah pemberian Sultan Johor #Anwar Ibrahim #kasut mewah