'I salute you, you saved the country', Robert Kuok tabik hormat kepada Tun Mahathir

Faiq Chong
Mei 23, 2018 19:12 MYT
Kuok memberi tabik hormat setelah menjabat salam kepada Tun Dr Mahathir di pejabat Perdana Putra, hari ini. - Sumber foto Twitter/@chedetofficial
Ahli perniagaan Malaysia terkemuka, Tan Sri Robert Kuok hadir di pejabat Perdana Putra untuk bertemu dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini.
Menerusi satu perkongsian tweet daripada akaun Twitter rasmi Dr Mahathir, Kuok turut memberi tabik hormat kepada Dr Mahathir setelah bersalaman dengan PM Malaysia ketujuh itu.

Menerima kunjungan ahli Council of Eminent Persons, Mr Robert Kuok di Perdana Putra sebentar tadi. pic.twitter.com/oOUW4sRSHQ

— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) May 23, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

pic.twitter.com/5PD5MMu1PA

— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) May 23, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya tabik kepada anda, anda telah selamatkan negara ini," ujar Kuok kepada PM Dr Mahathir.
"Sudah tentu, dengan bantuan Daim," kata Kuok, merujuk kepada ahli perniagaan Tun Daim Zainuddin yang mengetuai panel lima ahli dalam Majlis Penasihat Kerajaan. (Kuok juga merupakan salah satu daripada ahli majlis itu.)
"Ya, saya tahu, tapi kami memerlukan bantuan anda sekarang," kata PM Dr Mahathir.
Kuok turut berpesan kepada rakyat Malaysia untuk meletakkan kepercayaan kepada ahli-ahli Majlis Penasihat Kerajaan dan juga mengatakan mereka yang dipilih adalah kalangan yang terbaik.
#Mahathir Mohamad #Majlis Penasihat Kerajaan #Malaysia #Malaysia Baharu #Malaysia Memilih #Perdana Menteri #Putrajaya #Robert Kuok #Twitter
;