'I have nothing to say' - Rosmah Mansor
Astro Awani
Januari 8, 2020 18:56 MYT
Januari 8, 2020 18:56 MYT
Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini berkata tiada apa yang ingin diperkatakan berhubung dakwaan audio rakaman mirip suara beliau yang didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, hari ini.
“I have nothing to say,” kata Rosmah ketika ditanya wartawan jika beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap SPRM.
Rosmah kelihatan terus berlalu pergi bersama anaknya, Nooryana Najwa dan beberapa individu yang dipercayai peguamnya.
Melalui rakaman video oleh China Press ini, rakaman visual memaparkan Rosmah dan anaknya meninggalkan pekarangan Mahkamah Tinggi di ibu negara bagi kes perbicaraannya.
BACA: "Sayang, awak Perdana Menteri, lakukan sesuatu" - Dipercayai arahan Rosmah pada Najib
SPRM hari ini telah mendedahkan sembilan set rakaman percakapan yang dipercayai mirip suara Rosmah dan suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa konspirasi jenayah pada peringkat tertinggi.
Pada sidang media khas di Putrajaya pada Rabu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya telah mendedahkan klip audio perbualan dipercayai berkaitan kes skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd.
#1Malaysia Development Berhad
#China Press
#Latheefa Koya
#mahkamah
#Najib Razak
#Rosmah Mansor
#SPRM
#SRC International
#SRC International Sdn Bhd