Hutan Simpan Kuala Langat terbakar

Afiezy Azaman
Mei 31, 2023 08:37 MYT
Kira-kira empat ekar daripada Hutan Simpan Kuala Langat, Selangor, terbakar disyaki akibat cuaca panas.
KUALA LUMPUR: Kira-kira empat ekar daripada Hutan Simpan Kuala Langat, Selangor, terbakar disyaki akibat cuaca panas.
Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.32 petang, pada Isnin lepas.
Katanya, seramai 25 anggota dan pegawai JBPM terlibat dibantu 33 yang lain daripada pelbagai agensi untuk memadamkan kebakaran yang memakan masa sehari itu.
"Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 6.30 petang keesokan harinya (Selasa).
"Kerja-kerja pembersihan parit masih diteruskan menggunakan jentera Excavator dan mengaktifkan telaga tiub sehingga Khamis," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.
Hafisham berkata, pihak bomba juga akan membuat pemantauan secara berkala di lokasi terbabit.
"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran hutan tersebut masih dalam siasatan," ujarnya.
#kebakaran #Hutan Simpan Kuala Langat #bomba Selangor #cuaca panas
;