Hussein dilantik Ketua Polis Selangor yang baharu

Bernama
Februari 9, 2023 20:43 MYT
Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan dilantik sebagai Ketua Polis Selangor yang baharu.
KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan dilantik sebagai Ketua Polis Selangor yang baharu.
Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Saaduddin dalam kenyataan hari ini berkata Hussien dilantik ke jawatan itu berkuat kuasa 13 Mac depan dengan memangku pangkat sebagai Komisioner Polis (CP).
Sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi dilantik sebagai pemangku Ketua Polis Selangor selepas Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed bersara wajib pada 2 Jan lepas.
Arjunaidi telah berkhidmat selama 35 tahun dalam PDRM dan pernah bertugas di tujuh Kontinjen Polis iaitu Kedah, Perlis, Kelantan, Kuala Lumpur, Perak, Bukit Aman dan Selangor.
-- BERNAMA
#Hussein Omar Khan #Ketua Polis Selangor yang baharu #PDRM #Komisioner Polis
;