Husam akui beri keterangan mengenai dana RM90 juta

Astro Awani
Februari 19, 2019 21:49 MYT
Husam hadir di pejabat SPRM cawangan Kelantan di sini, malam tadi, dengan menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna yang dipandu salah seorang pegawainya. --fotoBERNAMA
KOTA BHARU: Senator Datuk Husam Musa mengakui beliau memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan pemberian dana RM90 juta daripada UMNO kepada Pas malam tadi.
Bagaimanapun, menurut Naib Presiden Parti Amanah Negara itu, beliau dinasihat oleh SPRM agar tidak memberikan sebarang komen lanjut mengenai perkara itu.
"Saya kira (jika) ada apa-apa tambahan mungkin saya akan dipanggil lagi (oleh SPRM) saya sedia untuk bagi kerjasama," katanya yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan, selepas selesai memberi keterangan.
Terdahulu, Husam tiba di pejabat SPRM pada pukul 9.25 malam dan memberikan keterangan selama hampir dua jam sebelum keluar pada pukul 11.12 malam.
BACA: SPRM panggil 4 saksi bantu siasatan dakwaan Pas terima RM90 juta
Husam yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan sebelum ini pernah mendakwa Pas menerima dana berkenaan daripada UMNO.
BACA: Dana RM90 juta: Saya fikir mereka salah orang - Nik Abduh
Perkara tersebut dikatakan telah diakui Anggota Jawatankuasa Pas Pusat Nik Mohamed Abduh Nik Abdul Aziz dalam satu rakaman audio kontroversi baru-baru ini.
Pada 8 Feb lepas, Nik Mohamed Abduh hadir ke pejabat SPRM sama bagi memberi keterangan berkaitan dakwaan itu.
BACA: Rakaman suara Nik Abduh: Pas anggap isu kecil - Tuan Ibrahim
#Husam Musa #PAS #UMNO #SPRM #Rasuah #beri keterangan #Pakatan Harapan #dana #RM90 juta #rakaman audio #Nik Mohamed Abduh Nik Abdul Aziz #komen