Huru-hara! Jualan gudang iPhone murah dibatal selepas dibanjiri lautan manusia

Astro Awani
Mac 2, 2018 18:14 MYT
MyTown terpaksa membatalkan acara itu selepas diserbu ribuan peminat jenama Apple tidak sabar memiliki barangan yang dijual. - Foto Astro AWANI
Gara-gara tidak dapat mengawal keadaan, pusat beli belah MyTown, Cheras terpaksa membatalkan acara jualan gudang Apple selepas diserbu ribuan orang ramai yang berpusu-pusu membanjiri pusat beli belah berkenaan.
Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan melalui Facebook rasmi Switch Malaysia, keputusan itu dibuat pihak pengurusan MyTown atas faktor keselamatan dan operasi syarikat pengedar barangan Apple itu terpaksa ditutup hari ini.
Pusat beli belah MyTown bagaimanapun masih beroperasi seperti biasa.
"Keselamatan anda adalah keutamaan kami. Sila keluar dalam keadaan teratur dan selamat," tambah syarikat dan pihak pusat beli-belah itu.
Selepas 10 minit pusat beli-belah itu dibuka, Switch turut meminta orang ramai agar tidak lagi datang beratur memandangkan pengunjung sedia ada sudah berbaris sehingga di luar pusat beli-belah.

Switch Mytown tutup terus hari ni such a good marketing for Mytown due to many people came here. pic.twitter.com/I6jnxfw98N

— Dee from The Block (@deemohd_) March 2, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Switch diarahkan tutup kedai oleh pihak pengurusan MyTown Cheras. Datang esok! pic.twitter.com/LTpQ0RqDwy

— ي (@mfauziysf) March 2, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Like crazy ramai gila wei orang beratur kat Mytown tu. Agak laa sampai switch kena tutup haha. Memang la murah tapi benda tu ada berpa banyak je sebab display punya kan

— Bell(@BellShabudin) March 2, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Difahamkan, seawal pagi jam 2 pagi tadi pembeli sudah siap sedia beratur panjang di hadapan pintu pusat membeli belah itu.
Namun, pelanggan diberitahu bahawa kuantiti barangan yang dijual tidak banyak.
Jualan gudang itu sepatutnya bermula hari ini hingga Ahad, 4 Mac.
Untuk mengelakkan kebanjiran orang ramai, Switch turut mengemas kini secara langsung produk-produk yang dijual termasuk MacBook Air, MacBook Pro, iPod dan model iPhone.
#Apple #Cheras #Facebook #Juan Gudang Apple #MyTown #Twitter