KUALA LUMPUR: Setiap kali berlaku insiden kemalangan di tempat kerja termasuk tapak binaan dan kilang yang turut melibatkan kematian, sudah tentunya isu yang berbangkit ialah apakah nasib pekerja yang malang itu?
Apakah mencukupi tindakan yang dikenakan ke atas pihak yang didakwa gagal menyediakan prosedur kerja selamat?
Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya ke atas pihak yang didapati bersalah kerana cuai dan mengabaikan aspek keselamatan pekerja sehingga menyebabkan kemalangan serta kematian.
Banyak pihak yang menganggap hukuman berkenaan sebagai terlalu rendah dan tidak setimpal berbanding dengan nasib yang menimpa pekerja yang malang itu.
Mereka mahukan akta tersebut dipinda dengan hukuman yang lebih berat dikenakan kepada pihak terlibat.
PENJARA MAKSIMUM LIMA TAHUN
Ahmad Ishrakh berpandangan, sudah tiba masanya hukuman di bawah Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 itu disemak dan digubal memandangkan ia telah melangkaui usia 27 tahun.
"Kerajaan perlu membuat semakan semula dengan mengambil kira situasi semasa. Ini kerana hukuman dalam kes jenayah perlu mencapai matlamatnya iaitu penghukuman, teladan, pencegahan berserta pemulihan," katanya.
Menurut beliau, hukuman yang membabitkan kes jenayah juga perlu setimpal dengan perkara yang telah dilakukan si pelaku kerana jika hukuman tidak setimpal, ia akan gagal mencapai matlamat tersebut.
"Saya berpendapat hukuman sedia ada perlu dinaikkan kepada sekurang-kurangnya penjara maksimum lima tahun. Ini menjadikan kes ini sebagai kes tangkap dan bukan kes saman.
"Jikalau hukuman dua tahun ke bawah, ia tergolong di bawah kes saman yang lazimnya tidak dianggap serius. Suspek lazimya tidak boleh ditahan tanpa waran. Sebaliknya, jika hukuman penjara lebih dua tahun, ia tergolong dalam kes tangkap di mana suspek lazimnya boleh ditahan dan direman," tegasnya.
TINGKATKAN DENDA KEPADA RM500,000
Isu ini turut dipandang serius oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan pihak agensi terbabit sedang merangka pindaan yang kini dalam peringkat akhir.
Mengulas lanjut, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Ir Zailee Dollah berkata, JKKP kini dalam proses akhir bagi membuat pindaan terhadap Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
"Rang Undang-undang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) kini menunggu masa untuk Bacaan Kedua di Dewan Rakyat, apabila Parlimen bersidang kelak. Antara pindaan yang akan dimasukkan ialah peruntukan berkenaan kenaikan kadar denda maksimum daripada RM50,000 kepada RM500,000," katanya.
Beliau berkata, kerajaan senantiasa menganggap pekerja sebagai aset penting negara yang bukan sahaja mencari rezeki untuk keluarga mereka tetapi juga menyumbang kepada pembangunan serta kemajuan negara.
"Negara akan mengalami kerugian yang besar jika terdapat pekerja cedera atau mautdisebabkan pekerjaan mereka. Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menganggarkan negara kehilangan empat peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berpunca daripada kemalangan dan penyakit pekerjaan.
"Kerajaan tidak mahu pihak majikan hanya menumpukan kepada aspek keuntungan perniagaan semata-mata hingga mengabaikan aspek keselamatan dan kesihatan pekerja," katanya.
Menurut beliau, mengikut rekod, kadar kemalangan pekerjaan negara menurun sebanyak 63 peratus, iaitu daripada 5.84 untuk setiap 1,000 orang pekerja pada tahun 2004, kepada 2.18 untuk setiap 1,000 orang pekerja pada tahun 2020.
Manakala bagi kadar kematian pekerjaan, ianya menyusut sebanyak 71 peratus, iaitu daripada 7.17 untuk setiap 100,000 orang pekerja pada tahun 2004, kepada 2.09 untuk setiap 100,000 orang pekerja pada tahun 2020.
"Walaupun kadar kemalangan dan kematian pekerjaan negara mencatatkan penurunan, masih ramai pekerja yang ditimpa kemalangan di tempat kerja. Pada tahun 2020, seramai 32,674 pekerja terlibat dengan kemalangan pekerjaan dengan 312 daripadanya merupakan kemalangan maut," katanya.
Zailee berkata, atas dasar tersebut, kerajaan turut berpandangan, kadar denda sedia ada adalah terlalu rendah dan pihak kerajaan sering mendapat maklum balas daripada orang awam, parti politik, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Kesatuan Sekerja yang meminta supaya kadar penalti dinaikkan.
"Kenaikan denda yang tinggi untuk kesalahan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) juga adalah selaras dengan praktis yang dilaksanakan di negara-negara maju bagi memastikan majikan menjalankan tanggungjawab mereka untuk memastikan keselamatan dan kesihatan para pekerja mereka," katanya.
PERANAN EFEKTIF SECARA BERSAMA
Dalam menangani usaha ini, Zailee berkata, semua pihak termasuk agensi kerajaan, majikan dan pekerja, pengamal KKP serta pihak industri perlu melaksanakan peranan mereka secara efektif dan berintegrasi,.
Ini, katanya, bagi membentuk serta memperkukuh lapisan perlindungan yang mampu mengelakkan kegagalan sistem KKP sekaligus mencegah kemalangan dan penyakit pekerjaan.
"Sehubungan itu juga, pihak kerajaan menerusi JKKP akan melancarkan Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2021 - 2025, atau ringkasnya OSHMP25 yang bertemakan KKP Inklusif: Kebersamaan dan Komitmen.
"Penglibatan semua pihak berkepentingan dalam pelaksanaan OSHMP25 ini dijangka akan melonjakkan tahap KKP negara ke peringkat yang lebih cemerlang bertujuan melindungi sumber manusia, yang merupakan aset penting dalam menjayakan program pembangunan negara," tambahnya.
* RUANGAN SISI
KES TANAH RUNTUH DI BUKIT KUKUS, PULAU PINANG
Pada 19 Okt 2018, negara dikejutkan dengan berita kejadian tanah runtuh yang berlaku di tapak projek jalan berkembar Paya Terubong di Bukit Kukus kendalian Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).
Insiden itu meragut nyawa sembilan orang pekerja asing terdiri daripada tiga orang lelaki Indonesia, lima orang lelaki Bangladesh dan seorang wanita Myanmar. Empat orang pekerja lain cedera dan seorang dilaporkan hilang.
Dalam tragedi yang dilaporkan berlaku pada pukul 1.56 tengah hari itu, tanah di tapak projek pembinaan jalan raya berkembar yang menghubungkan Paya Terubong ke Relau di Bukit Kukus itu runtuh bersama 13 buah kontena yang menjadi tempat tinggal pekerja.
Sebelum itu, pada 11 Okt 2018 di kawasan yang sama, hujan lebat berserta angin kencang mengakibatkan 14 rasuk konkrit berukuran 25m panjang setiap satu di lereng cerun Jalan Tun Sardon jatuh ke lereng bukit di Projek Bukit Kukus itu.
Susulan kejadian hingga meragut nyawa itu, kontraktor serta pengarah bagi projek Pembinaan Jalan Berkembar Paya Terubong, di Jalan Bukit Kukus itu telah didakwa di Mahkamah Sesyen George Town atas beberapa tuduhan pindaan antaranya gagal menyediakan prosedur kerja selamat sehingga menyebabkan kejadian tanah runtuh di tapak projek itu.
Syarikat tersebut iaitu Yuta Maju Sdn Bhd (Yuta Maju) yang diwakili pengarah syarikatnya turut berdepan pertuduhan sebagai majikan telah gagal mengadakan pengiraan kejuruteraan oleh jurutera bertauliah bagi kerja-kerja 'backfill' atau menampung tanah untuk cerun sementara, sehingga menyebabkan kejadian tanah runtuh pada pukul 1.50 tengah hari, 19 Okt 2018.
Semasa kes itu dituduh pada 2019, syarikat tersebut pada mulanya membuat pengakuan tidak bersalah namun akhirnya menukar pengakuan kepada bersalah pada 19 Feb tahun lepas dan mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda RM35,000 masing-masing kepada syarikat dan pengarah projek itu atas kesalahan terbabit.
Pada 8 Jan tahun 2020, syarikat itu yang diwakili pengarahnya, Osmera Mamat didenda RM22,000 oleh Mahkamah Sesyen George Town selepas mengaku bersalah kerana gagal memastikan dan menyediakan prosedur kerja selamat bagi aktiviti mengangkat menggunakan kren bergerak sehingga menyebabkan rasuk jatuh di kawasan tapak pembinaan 'Projek Pembinaan Sebahagian Jalan Berkembar Jalan Paya Terubong Pulau Pinang', pada pukul 8.30 malam, 11 Okt 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 17 2021
Banyak pihak yang menganggap hukuman berkenaan sebagai terlalu rendah dan tidak setimpal berbanding dengan nasib yang menimpa pekerja yang malang itu. - Gambar hiasan
Program Madani Sarawak dijangka tarik 100,000 pengunjung
Penganjuran Program MADANI Rakyat (PMR) Sarawakku Sayang di Miri pada 27 hingga 29 Sept ini dijangka menarik kira-kira 100,000 pengunjung melalui pelbagai program dianjurkan.
Nuansa Seni edisi ke-5 tingkat martabat busana Melayu tradisional
Penganjur nuansa seni volume 5 Festival Gemilang Seni dan Budaya Sarawak, Dr Sharifah Suzana Wan Shukran berkata keistimewaan konsep pakaian cara melayu dibuktikan dengan wujudnya ciri reka bentuk pakaian tradisional melayu yang diterima sebagai antara identiti budaya Melayu.
Penduduk Kampung Sim-Sim perkukuh perpaduan menerusi Karnival Hari Malaysia
Karnival Kampung Sim-Sim diadakan sempena Hari Malaysia bertujuan mengukuhkan tali silaturrahim antara penduduk.
Kerajan alu-alukan inisiatif baharu stabilkan harga barang
Usaha untuk menstabilkan harga barangan dan perkhidmatan serta bersifat mampu milik akan sentiasa menjadi usaha berterusan Kerajaan, selaras dengan tonggak utama Kerajaan MADANI dalam memelihara kesejahteraan rakyat.
Polis tidak cadang haram perhimpunan RXZ - Pengarah JSPT
Polis tidak bercadang untuk mengharamkan program perhimpunan We Are RXZ, sebaliknya mahu pihak penganjur mematuhi prosedur semasa.
Inisiatif pembangunan jagung bijian bersepadu di Sabah, Sarawak
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata ini bagi mengurangkan kebergantungan import sumber makanan industri ternakan yang selama ini menyumbang kepada faktor kos pengeluaran dan harga bekalan tinggi di pasaran.
Sarawak amal konsep Muqarabah sebagai dasar pentadbiran
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pelaksanaan dasar itu akan mengambil kira aspek kehidupan seharian dan tanggungjawab umat manusia kepada alam semesta.
Pelbagai lapisan masyarakat sertai perarakan
Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak di bandar Mukah disertai pelbagai lapisan masyarakat termasuk bukan Islam.
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik, Gundam daripada peminat
Dia dijadual mengakhiri siri jelajah tersebut, yang bermula dari 14 hingga 22 September ini di Singapura.
Kes 1MDB: Pengambilalihan pengeluar tenaga bebas bukan idea Najib - Pembelaan
Pengambilalihan IPP bukanlah idea Najib beliau mengambil masa yang agak lama untuk memberi kelulusan selepas ia dicadangkan oleh Ahli Lembaga Pengarah 1MDB.
Penunggang maut dalam nahas lima kenderaan di LPT1
Muhammad Al-Faries Faiz yang beralamat di Kampung Sungai Rambai, Sega, Raub mengalami cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Penghadang Lebuhraya DUKE dirempuh lori, jatuh hempap kereta
Lori yang dipandu warga tempatan berusia dalam lingkungan 40-an dipercayai hilang kawalan dan terbabas lalu merempuh tembok penghadang.
Ops Samseng Jalanan: Anggota trafik alami simptom hilang memori selepas bertembung
Anggota polis trafik yang parah selepas bertembung dengan motosikal lain di Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), kini bergelut dengan simptom kehilangan memori.
Kanak-kanak 10 tahun pandu kereta, akibatkan kemalangan
Seorang kanak-kanak lelaki dikesan memandu sebuah kereta milik ibu bapanya sehingga mengakibatkan kemalangan dengan dua kenderaan lain.
Seorang maut, tiga cedera lori terbalik masuk longkang
Kemalangan itu membabitkan lori yang dipercayai terbabas dan terbalik ke dalam longkang.
Empat kenderaan bertembung gara-gara pemandu terlelap
Empat kenderaan bertembung gara-gara seorang pemandu dipercayai terlelap dalam kejadian di Kilometer 46, Jalan Kuala Terengganu-Kampung Raja di sini pada petang Sabtu.
Remaja Thailand maut dirempuh motosikal di Sungai Petani
Mangsa, Phanchakan Kasiwat yang berusia 19 tahun maut di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala.
Pemandu treler maut, nahas lima kenderaan di PLUS arah utara
Kemalangan melibatkan lima buah kenderaan termasuk tiga buah treler, sebuah lori satu tan dan sebuah MPV Toyota Vellfire.
Pemandu lori maut dalam kemalangan tiga kenderaan
Kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan iaitu lori kontena, treler dan Proton Persona di KM 441.2 PLUS di Rawang, awal pagi ini.
PM hulur sumbangan kepada anggota polis pengiring terlibat kemalangan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghulurkan sumbangan kepada seorang anggota polis yang terlibat dalam kemalangan ketika mengiringi beliau.