Hukuman berat jika guna kelengkapan komunikasi tidak diperakui - MCMC
Najib Aroff
Julai 13, 2019 09:34 MYT
Julai 13, 2019 09:34 MYT
Orang ramai diingatkan supaya idak menggunakan kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui, tegas Ketua Bahagian Penguatkuasaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Datuk Mohd Shafie Harun.
“MCMC menyeru agar orang ramai hanya membeli dan menggunakan kelengkapan komunikasi yang diluluskan SIRIM.
“Jika tidak pasti, muat turun aplikasi mudah alih Check You Label atau layari laman sesawang httpps://ecomm.sirim.my bagi memastikan kelengkapan komunikasi yang digunkan adalah sah dan diperakui,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata penggunaan kelengkapan komunikasi tidak diperakui boleh mengakibatkan gangguan frekuensi kepada rangkaian komunikasi dan menjejaskan kualiti perkhidmatan.
Sehubungan itu MCMC akan meneruskan tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana pihak yang memiliki dan menjual kelengkapan komunikasi tidak diperakui.
Tambah MCMC, terbaharu, syarikat LC Marketing Network Media Sdn Bhd didenda RM15 ribu dan dua pengarahnya, Chen Kaiyi, 34 dan yeak Wang Ying, 33, masing-masing didenda RM10 ribu oleh Hakim Mokhzani Mokhtar, selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan memiliki dengan tujual untuk menjual 79 unit kotak TV Android pelbagai jenama yang tidak diperakui di Digital Mall, Petaling Jaya, Selangor.
#Android
#Android haram
#Check you label
#Datuk Mohd Shafie Harun
#MCMC
#Peranti komunikasi
#Sirim
#TV Android