Hujan tidak menentu, beberapa negeri siap sedia hadapi banjir
Shafizan Johari, Isabelle Leong
November 8, 2017 17:07 MYT
November 8, 2017 17:07 MYT
Cuaca buruk berterusan menyebabkan paras air di beberapa sungai utama di Kedah, Perak, Selangor, Melaka, Pahang dan Sarawak semakin meningkat dan sudah melepasi tahap amaran.
Menurut laman Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran, paras air di Sungai Panchor, Johor telah meningkat kepada 1.64 meter dan melepasi paras amaran pada 3.15 petang tadi.
Turut melepasi paras amaran ialah beberapa sungai di Kedah, Perak, Selangor, Melaka, Pahang, Kelantan dan Sarawak.
#banjir
#buruk
#cuaca
#hujan
#Kedah
#lebat
#Melaka
#melepasi
#meningkat
#Pahang
#paras air
#Perak
#Sarawak
#Selangor
#Sungai
#tahap amaran