Hujan lebat tahap buruk di Pahang, Johor sehingga 12 tengah malam ini

Bernama
Disember 14, 2022 15:48 MYT
MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap (waspada) dijangka berlaku di Pahang melibatkan Kuantan dan Bera, manakala di Johor meliputi Segamat, Kluang dan Kota Tinggi sehingga pukul 12 tengah malam ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di Pahang dan Johor sehingga pukul 12 tengah malam ini.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan hujan lebat itu akan berlaku di Pekan dan Rompin, Pahang serta Mersing, Johor.
"Amaran hujan berterusan (buruk) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 milimeter (mm) dalam tempoh enam jam," menurut kenyataan itu.
MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap (waspada) dijangka berlaku di Pahang melibatkan Kuantan dan Bera, manakala di Johor meliputi Segamat, Kluang dan Kota Tinggi sehingga pukul 12 tengah malam ini.
DAPATKAN YANG TERKINI BERHUBUNG BENCANA BANJIR DI SINI
[INFOGRAFIK] 9 Langkah Keselamatan Di Musim Banjir
Hujan berterusan turut akan berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang (Jerantut, Maran dan Rompin) serta Johor (Kluang, Mersing , Kulai, Kota Tinggi) dalam tempoh 17 Dis (Sabtu) hingga 20 Dis ini.
"Amaran hujan berterusan tahap (waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan atau ribut petir sedang atau dijangka berlaku enam jam dalam tempoh tersebut di suatu kawasan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
#MetMalaysia #Hujan lebat berterusan #amaran hujan berterusan #monsun timur laut
;