Hujan lebat punca tanah runtuh di JRTB
Bernama
Januari 6, 2021 04:21 MYT
Januari 6, 2021 04:21 MYT
IPOH: Orang ramai yang melalui Jalan Raya Timur Barat (JRTB) terutama dari arah Gerik diminta berhati-hati berikutan terdapat kejadian tanah runtuh petang semalam disebabkan hujan lebat.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak Datuk Zolkafly Harun berkata kejadian tanah runtuh pada 2.45 petang semalam berlaku kira-kira lima kilometer (km) sebelum kawasan Rehat dan Rawat Titiwangsa.
Katanya, berdasarkan maklumat daripada Jabatan Kerja Raya Hulu Perak, ketinggian runtuhan tanah adalah 20 meter (m) manakala panjang kawasan terlibat 40 m.
"Berikutan itu, hanya satu lorong dibuka di sekitar kawasan terlibat selain papan tanda amaran turut dipasang," katanya kepada Bernama.
-- BERNAMA
#tanah runtuh
#Jalan Raya Timur Barat
#Gerik
#hujan lebat
#JRTB
#Zolkafly Harun
#Titiwangsa
#kawasan Rehat dan Rawat Titiwangsa
#JKR
#Hulu Perak
#satu lorong dibuka
#papan tanda amaran