Hujan lebat, longkang tersumbat, punca banjir kilat - Bomba Selangor

Nickyson Nyambar
November 8, 2022 12:52 MYT
Beberapa kawasan dinaiki air termasuk perumahan di Seksyen 32 Bukit Naga, Kota Kemuning disebabkan longkang tersumbat. - Gambar/ Media sosial
KUALA LUMPUR : Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) yang melakukan pemantauan keadaan banjir melibatkan beberapa kawasan di Shah Alam mengesahkan keadaan terkawal setakat ini.
Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis, berkata beberapa kawasan dinaiki air termasuk perumahan di Seksyen 32 Bukit Naga, Kota Kemuning disebabkan longkang tersumbat.
Katanya, di Taman Sri Muda pula, kunci air di kawasan berkenaan beroperasi dengan baik.
Beliau berkata, menerusi pemantauan yang dilakukan pasukan JBPM Shah Alam mengesahkan tiada risiko banjir melibatkan beberapa jalan di lokaliti berkenaan.
"Antaranya di Jalan Waja 25/1, Jalan Mahir, Jalan Makmur dan Jalan Harapan.
"Manakala di Kota Kemuning, tiada risiko banjir melibatkan Seksyen 17 ke Seksyen 24.
"Tiada kerja-kerja penyelamatan dibuat. Sekadar membuat pemantauan," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Norazam dalam masa sama turut menasihati agar penduduk mengambil langkah berjaga-jaga dan terus menghubungi JBPM sekiranya keadaan semakin teruk.
BACA: Beberapa kawasan di Shah Alam dan Lembah Klang dilanda banjir kilat

#kltu BUKIT JALIL : Air bertakung di terowong bawah LRT Awan Besar telah menjejaskan trafik dilokasi. Orang ramai dinasihatkan menggunakan alternatif lain. Sumber : KLCCC. pic.twitter.com/fDXq375ecn

— Astro Radio Traffic (@astrotraffic) November 8, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#kltu JALAN DAMANSARA : Kereta rosak di lorong kiri menghala ke susur Kg. Atap. Telah menyebabkan kesesakan di lokasi . Sumber : KLCCC pic.twitter.com/MfKco5M2ZN

— Astro Radio Traffic (@astrotraffic) November 8, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#kltu KL: Banjir kilat telah menyebabkan kelewatan di sekitar Pusat Bandar antaranya di LRAYA KL SEREMBAN, LRAYA SALAK, LRAYA BUKIT JALIL, JALAN YAACOBL ATIF, JALAN CHERAS, JALAN CHAN SOW LIN, JALAN PUDU, JALAN KIA PENG & JALAN MERAH CAGAR. Sumber KLCCC pic.twitter.com/PCQXQC77P7

— Astro Radio Traffic (@astrotraffic) November 8, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, beberapa kawasan di Shah Alam dilaporkan dinaiki air sejak jam 4 petang selepas hujan lebat lebih dua jam.
Bencana itu sekali gus menyebabkan beberapa jalan raya utama termasuk di sekitar Lembah Klang mengalami kesesakan trafik.
#banjir kilat #JBPM Selangor #shah alam #Norazam Khamis