Hujan lebat, dua kejadian pokok tumbang

Sinar Harian
Mei 21, 2023 10:45 MYT
Anggota bomba dan penyelamat sedang memotong pokok tumbang di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Sebanyak dua kejadian pokok tumbang direkodkan susulan hujan lebat di ibu kota hari ini.
Bagaimanapun, tiada mangsa direkodkan terlibat dalam kesemua kejadian pokok tumbang tersebut.
Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima beberapa panggilan kecemasan dari MERS999 seterusnya menghantar jentera ke lokasi kejadian bermula jam 8.05 pagi.
Katanya, balai yang terlibat adalah Balai Bomba Penyelamat (BBP) Sri Hartamas dan BBP Taman Tun Dr Ismail.
"Berlaku kejadian sebatang pokok tumbang di atas jalan raya di pintu masuk blok D, Dutamas Publika dan sebatang pokok telah tumbang serta menghalang lalu lintas di Jalan Athinahapan 1, Taman Tun Dr Ismail.
"Kerja-kerja memotong pokok dan mengalihkan pokok sedang dilakukan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad. - Sinar Harian
#Pokok tumbang #hujan lebat #kerja memotong pokok #bomba
;