Hujan lebat dijangka di Kelantan, Terengganu esok, luruan monsun dari 8-14 Disember ini
Umavathi Ramayah
Disember 2, 2024 17:15 MYT
Disember 2, 2024 17:15 MYT
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan luruan monsun akan berlaku dari 8 hingga 14 Disember ini di timur Semenanjung.
Kenyataan itu memaklumkan, keadaan tersebut berpontensi menyebabkan hujan berterusan di kawasan berkenaan.
"Luruan monsun dijangka bermula pada 8 hingga 14 Disember ini. Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan berterusan di timur Semenanjung dalam tempoh berkenaan," katanya dalam hantaran yang dikongsi di platform X di sini, pada Isnin.
Selain itu, kenyataan itu memberitahu, berdasarkan analisis model-model cuaca terkini, penumpuan angin dijangka berlaku di Kelantan dan Terengganu bermula pada petang Selasa hingga awal pagi Rabu ini.
Keadaan itu menurutnya, berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dalam tempoh tersebut.
Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.