Hujan lebat di Selangor, Melaka, Pulau Pinang, Labuan - MetMalaysia
Astro Awani
September 29, 2024 14:00 MYT
September 29, 2024 14:00 MYT
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan lima daerah di Selangor iaitu Hulu Selangor, Gombak, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang dilanda hujan lebat hingga 3 petang pada Ahad.
MetMalaysia memberitahu keadaan sama dijangka berlaku di seluruh Melaka, Pulau Pinang, Labuan selain beberapa kawasan di Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.
"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," maklum kenyataan.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.