Hujan lebat di beberapa kawasan, pemandu diingatkan berhati-hati

Wafa Aula
Mac 6, 2018 16:25 MYT
Beberapa jalan di sekitar Kuala Lumpur dinaiki air disebabkan oleh cuaca hujan lebat. - Facebook: Astro Radio Traffic
Pemandu diingatkan agar berhati-hati melalui beberapa jalan di sekitar Kuala Lumpur yang mula dinaiki air akibat hujan lebat.
Menurut Astro Radio Traffic, jalan yang terlibat termasuklah Jalan Parlimen, Jalan Kinabalu, Jalan Maharajalela, Jalan Bukit Bintang, Jalan Pudu dan Jalan Tunku Abdul Halim.
Aliran trafik di jalan-jalan terbabit dijangkakan mengalami kelewatan susulan keadaan itu.
Jabatan Meteorologi Malaysia melalui akaun Facebooknya turut mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan seperti Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan dan Sarawak.
Dalam laporan yang dikeluarkan pada jam 2.40 petang itu turut menjangkakan keadaan itu akan berterusan sehingga jam 6 petang ini.
#air #air naik #amaran ribut petir #angin kencang #banjir #hujan lebat #Kuala Lumpur #paras air naik
;