Hujan lebat cetus banjir di beberapa kawasan di Ipoh

Bernama
Oktober 4, 2022 23:30 MYT
Hujan lebat selama beberapa jam sejak petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir. - Foto media sosial
IPOH: Hujan lebat selama beberapa jam sejak petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya menerima laporan kejadian banjir di Akademi Badminton, Bandar Meru Raya dan kawasan Ulu Chepor di sini.
"Kesemua mangsa di akademi badminton itu keluar sendiri dan tiada pemindahan mangsa dibuat setakat ini.
"Pemantauan banjir di lokasi terlibat masih dilakukan oleh pihak bomba sehingga kini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam ini.
-- BERNAMA
#hujan lebat #banjir #banjir kilat #banjir Ipoh #bomba perak #akademi badminton #Bandar Meru #Ulu Chepor
;