Hujan lebat, angin kencang akibatkan pokok tumbang di Kuala Kangsar
Aida Aziz
April 7, 2023 07:15 MYT
April 7, 2023 07:15 MYT
KUALA KANGSAR: Hujan lebat berterusan dan angin kencang menyebabkan berlaku insiden pokok tumbang di Kampung Kandang Hilir, di sini, petang semalam.
Menurut Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Syed Azrul Hizam, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada jam 6.56 petang.
Katanya lagi, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia (BBP) Kuala Kangsar digerakkan ke lokasi bagi khidmat khas memotong pokok tumbang yang merintangi jalan.
"Pokok tumbang itu disebabkan angin kencang dan hujan lebat yang berlaku petang semalam.
"Anggota bomba membantu memotong pokok yang menghalang lalu lintas berhampiran sebuah kilang minyak di sini," katanya dalam kenyataan hari ini.