Astro Awani logo

Hujan dijangka berterusan di Sabah, Sarawak sehingga Khamis - MetMalaysia

Bernama
Januari 28, 2025 11:30 MYT
Hujan dijangka berterusan di Sabah, Sarawak sehingga Khamis - MetMalaysia
MetMalaysia memaklumkan Sarawak dijangka menerima hujan berterusan sehingga Khamis manakala Sabah sehingga Rabu (29 Jan). - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan di dua negeri sehingga Khamis ini (30 Jan).
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan negeri yang terlibat adalah Sarawak yang dijangka menerima hujan berterusan sehingga Khamis manakala Sabah sehingga Rabu (29 Jan).
Di Sarawak, hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song), Bintulu (Tatau dan Bintulu) dan Miri (Subis dan Miri) sehingga Khamis.
Sementara Kapit (Kapit), Bintulu (Sebauh) dan Miri (Beluru dan Marudi) diramal menerima hujan berterusan pada tahap waspada.
Kawasan terlibat di Sabah meliputi Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat pula dijangka menerima hujan berterusan pada tahap waspada sehingga Rabu.
-- BERNAMA
#MetMalaysia #banjir2024 #monsun timur laut #Bah Kuning
;