Menurut MetMalaysia, cuaca itu dijangka melanda beberapa kawasan di Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.
Di Terengganu pula melibatkan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang.
Amaran hujan berterusan tahap buruk dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 milimeter (mm) dalam tempoh enam jam.
MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga Rabu yang dijangka berlaku di Kelantan (Jeli dan Kuala Krai), Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) serta Pahang (Kuantan).
Situasi sama juga diramal berlaku di Kedah (Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama dan Manjung) bagi tempoh Rabu sehingga Khamis.
Amaran hujan berterusan tahap waspada dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan. - Sinar Harian